Tuesday, July 22, 2008

Life goes on...

Date : 2 August 2008 (Saturday)
Time : 8.30 pm
Venue : Rumah PENA

Seorang kawan yang bernama Pipi (yang gebu) sebenarnya telah memanjangkan jemputan untuk DEP bermain pada malam itu. Aku pun tak berapa pasti tentang apakah aktiviti yang dijalankan oleh Sindiket Soljah (mesti sebut macam lagu Bob Marley, Buffalo Soldier...mesti!) ini, jadi aku pun tanya pada Pipi melalui e-mel dan dia menjawab...

"ok maskara ni nama penuh dia 'malam baca nashkah sindiket soljah dan kawan kawan yang kita suka'. Jadi dia jadi tak kisahlah apa apa show pun. setakat ni macam macam show dah yang pernah dibuat kat situ. band pun dah ada 2-3 pernah main. band post punk pun ada. tapi kebanyakannya baca sajak, puisi bergitar, pentomin, baca entri blog, komedi berdiri, silap mata, bersilat, screening, dan macam macam lagi. kalau ada sapa sapa yang bela anjing laut nak buat show pun boleh.

jadi maskara kat sini lebih kurang satu pentas untuk siapa siapa saja yang nak tunjukkan karya masing masing. tak kisah top ke, tak top ke, kerja jkr ke, kutu sepenuh masa ke. sebab tak banyak ruang macam ni ada kat malaysia ni. crowd pun takde laa ramai sangat. kadang-kadang 20, kadang kadang 90, kadang kadang, 50. biasa le.. jadi set dia rileks rileks je. lebih kurang perform untuk kawan kawan.

lepas tu siapa yang ada karya boleh jual di situ. contoh macam buku ke, t shirt ke, dan kalau kau ada cd dengan t shirt apa lagi? bawak mari le.aturcara dia biasanya bermula pukul 8.30 malam. lepas tu hah MC panggil le siapa siapa buat show. lepas tu rehat sekejap. kitaorang jamu makan makan sikit. lepas tu sambung balik show. ok? tak clear lu tanya lagi nanti. kalau rajin lu try usha facebook sindiket soljah."

Jadi kepada kawan-kawan semua. Semoga berjumpa pada malam Sabtu, 2 Ogos 08. Seperti biasa..."Kami akan membawa rumah itu turun!"...

Friday, July 18, 2008

"Absurdity roaming so free..."

1) Di atas kegagalan aku untuk mendapatkan informasi tentang di mana jenazah Allahyarham Lan berada secara tepat, aku bertekad untuk terus ke Kemaman untuk menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan.

Setelah bersiap sekeluarga, aku redah kesibukan Jalan Ampang sekitar jam 7pm. Seakan Tuhan merestui perjalanan kami, kesibukan pada hari itu sangat terkawal di mana dari Jalan Ampang ke exit UIA/Kuantan melalui MRR2 Cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Dari tol Gombak ke tol Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Only 3 hours but it felt like forever to reach Kuantan. Aku cuba nak speeding tapi Atie pesan untuk tidak terlalu gopoh.

2) Kami selamat sampai di rumah mak aku di Kuantan lebih kurang jam 10.40pm. Tengah bawak masuk anak-anak tidur dan punggah barang-barang keluar dari kereta, Asma pun sampai. Catching up lebih kurang dan berkongsi perasaan tentang berita yang mengejutkan ni. Sungguh tak disangka sesuatu yang begitu dahsyat boleh menimpa seseorang kawan yang begitu baik. Tak dapat nak meneruskan lagi perjalanan sebab menunggu kepulangan Ude (adik aku) yang ingin turut serta.

Lebih kurang 5 minit kemudian. Ude pun sampai dan kami terus bergegas ke Kemaman. Kereta Ude yang kami naiki dipandu oleh Asma. Dalam perjalanan aku sekali sekala mengutarakan rasa terkejut dan tak percaya aku. Aku rasakan yang bila sampai ke Kemaman nanti aku akan jumpa Lan dan dia akan kata “Aku ok.” Macam yang selalu dia bagitahu bila aku bertanyakan khabar padanya.

3) Agak keliru dengan arah ke rumah yang nak dituju akhir sekali kami mendapat petunjuk dari Yus(vox/gitar) of Kuchalana menerusi panggilan telefon bimbit. Perjalanan dari Indera Mahkota 15, Kuantan ke Kemaman mengambil masa kurang dari 40 minit. Ketibaan kami telah dinantikan oleh Yus dan Ayi bersama beberapa teman terdekat. Pada masa yang sama Nazri Chik dan dua rakan lagi telah tiba dari Penarik. Kami bersalaman dan jelas tidak terpancar sebarang keseronokan langsung dalam pertemuan ini walaupun ada di antara kami yang sudah lama tak bertemu.

Jenazah katanya bertolak dari HKL lebih kurang jam 9pm tadi. Jadi kami berkeputusan untuk menunggu di satu warung makanan berdekatan di mana si Akim sudah pun berada di sana. Sesampai di meja aku bersalaman dengan Akim yang kelihatan begitu lesu dan sugul. Kelesuan mungkin disebabkan oleh kehadirannya di HKL sejak dari jam 6am lagi dan sekarang sudah hampir jam 12am, tanpa rehat.

4) Sambil menunggu jenazah yang kemungkinan tiba jam 2am, kami minum dan mengisi perut. Aku tak begitu selera untuk makan. Cuma banyak menghisap rokok. Sambil itu diselang selikan dengan cerita bagaimana Allahyarham telah menjadi mangsa dalam tragedi berdarah ini. Semua berkongsi perasaan marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Aku sesekali termenung sejenak sambil menghembuskan asap rokok perlahan-lahan. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana Allahyarham telah melawan untuk terus hidup. Bangsat-bangsat yang cuba membunuhnya sememangnya pengecut sebab bertindak sedemikian. Dia adalah seorang yang tinggi dan sasa. Tak mungkin 2 orang punya kerja boleh menumpaskan dia. Paling kurang…mesti 6 orang.

Dan aku tak boleh bayangkan juga betapa Allahyarham telah meninggalkan kita dalam keadaan yang sangat seksa. Ini semua daripada cerita tentang fizikalnya ketika di ICU oleh Akim. Gila kejam!
Aku tak boleh dan tidak akan bercerita tentang bagaimana semua ini boleh terjadi, sekalipun aku telah mendapat cerita yang lengkap dan betul, first hand. Cuma aku nak bagitahu kat sini… Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang berhak untuk ambik nyawa orang lain.

5) Jam hampir pukul 2am, kami berjalan menuju ke arah rumah Allahyarham. Kelihatan ramai saudara mara, jiran tetangga dan kawan terdekat sudah berkumpul di perkarangan rumah. Setelah bersalaman dengan warga yang ada, kebanyakan dari kami kemudiannya bersandar pada kereta-kereta yang diletakkan berdekatan kawasan rumah dan berbual sambil menghisap rokok. Kemurungan dan kesayuan jelas terpancar dari setiap raut wajah manusia di situ kecuali anak-anak kecil yang bergelak ketawa bermain-main di laman rumah tersebut. Masih terlalu awal untuk mereka belajar tentang realiti kehidupan.

Aku dalam dunia aku sendiri di mana masih dari tadi tak percaya yang dia telah pergi. Masih dalam hati aku berkata, “Kejap lagi Lan sampai. Mesti dia senyum dan kata, dia OK.” Pada masa yang sama, Atie jugak kerap menghantar mesej teks bertanyakan keadaan di sini. Aku membalas semana yang boleh. Jam menunjukkan 2.26am dan kedengaran hadirin bercakap-cakap mengatakan yang jenazah akan sampai sebentar lagi. Tak sampai dua minit kemudian jenazah pun tiba dan semua keluarga dan rakan terdekat bergegas untuk mengusung jenazah naik ke rumah. Aku rasa macam nak usung tapi rasa lutut lemah gila. Masih tak percaya.

6) Sewaktu jenazah diusung naik ke rumah, kelihatan Ayi (atau kawan-kawan rapat panggil Ayi Bulat) tak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata di sisi van. Dia adalah salah seorang teman yang rapat dengan Allahyarham. Semua orang termasuk Asma dan Ude bergegas naik untuk melihat jenazah sendiri tapi tak berkesempatan kerana orang yang mengerumuni terlalu ramai. Aku cuma dapat mendengar yang nenek Allahyarham memohon ampun dan maaf dan minta halalkan segala makan minum. Sungguh memilukan...

7) Ini hanya mengambil masa kurang dari 5 minit dan kemudian jenazah yang telah diperkemaskan terus dibawa semula menaiki van ke tanah perkuburan. Aku yang walaupun sebak mendengar kata-kata mohon maaf dari nenek Allahyarham, masih maintain cool. Kami mengikuti rombongan jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki kereta. Sesampai di tanah perkuburan, tanpa membuang masa jenazah di usung hingga ke liang lahad. Semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi bila jenazah mula dikambus aku dah tak dapat nak tahan sebak. Aku menangis tapi cuba tahan sebaik mungkin sebab salah satu adab menziarahi jenazah adalah tidak meratap hiba kerana ianya seolah menyalahkan takdir. Aku ambil keputusan berdiri beberapa langkah jauh dari kuburnya dan mengesat air mata. Akim aku lihat memang dah mengalir air mata sedari saat jenazah dimasukkan ke liang lahad. Atau mungkin lebih awal dari itu.

8) Setelah selesai talkin dibacakan dan hadirin mula bersurai, aku mengambil peluang bersalaman dengan ayah Allahyarham, mengucapkan takziah dan minta dia banyak bersabar. Ternyata pakcik Wan Muhammad tenang dan menjawab “ Ye la. Nak buat guane…” Memang tenang je dia jawab tapi betul-betul menikam sukma membuatkan aku rasa nak menangis sekali lagi. Aku minta diri darinya dan terus beredar untuk bertemu semula dengan Nazri Chik, Akim, Yus, Ayi dan rakan-rakan yang lain, bersalaman dan masing-masing meminta diri. Berharap semoga bertemu kembali di masa terdekat dengan cara Terengganu kita, “Semula!”…

Menaiki kereta semula dan sekali lagi tersesat untuk mencari jalan keluar ke jalan utama. Bukan masalah yang besar. Masalah yang besar dalam kepala aku sekarang ialah kehilangan seorang rakan yang diakui bukanlah kawan aku yang paling rapat, tapi seorang rakan yang kita mungkin telah lupakan kebaikannya semasa dia masih hidup and we took him for granted. How we wish that we could turn back time. Aku doakan semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan sentiasa dalam kedamaian.

Aku tak tahu sama ada aku boleh dengar lagu Kuchalana lagi tak lepas ni. But “Silent Stare”* keeps on playing in my head until this day… Mungkin Allahyarham Wan Hazlan Bin Wan Muhammad tujukan lagu tu untuk kawan-kawan buat masa ni…

Aku mungkin salah… tapi mungkin juga aku betul…

Kawan-kawan…dengarlah sendiri…



*Silent Stare adalah salah satu lagu yang terdapat dalam EP (2005) Kuchalana yang bertajuk "The Input For An Output". Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Wednesday, July 16, 2008

Kuchalana will never be the same... (Lan, you will be missed by many...)

*Lan - Ketiga dari kiri.




Time aku tulis ni... Dia dah kembali ke Rahmatullah dalam lebih kurang 25 minit tadi... Serious aku takde mood nak buat apa-apa...

Aku tak dapat cerita kat sini secara detail sebab-sebab kematian dia sebab aku pun tak dapat cerita yang lengkap... cuma yang aku tahu, ini semua adalah sebab kezaliman sesama manusia, kebongkakan orang-orang yang perasan bagus dan kuat... Machismo yang sememangnya cibai...

What gives you assholes the fucking right to do that? May Karma hit you back...Fucking HARD!

Pemergian Lan adalah satu kehilangan yang besar bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Aku akan selalu ingat dia sebagai seorang bassist yang bagus dan kawan yang 'cool & soft spoken' yang sentiasa tersenyum bila berjumpa.

Aku takde mood dah nak tulis... Aku sedih.

Lan, wherever you may be now... I hope you are in peace.

Always...




-acai-

Tuesday, July 8, 2008

We have been reviewed!

JUNK - issue 22, July 2008