People are moving but you still there
Don’t know what to do
Inject that macho thing into your self
Makes you look like a fool
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you
It still rules you!Ok ada satu geng kat Kuantan dulu (94-95) yang sungguh punk tak ingat. Sebab mereka pakai Doc Martens, berjaket kulit (mungkin PVC sebab mereka punk yang tulen) hitam, bert-shirt Anti Nowhere League, mengenakan rambut ala Mohawk dan merasakan yang mereka punk yang melampaui batasan punk yang sebenarnya, sangat tidak puas hati dengan geng aku. Aku pun tak tahu kenapa.
Jika diorang jumpa geng aku yang sedang seronok bermain skateboard di belakang Kompleks Mara atau sedang melepak di Kompleks Teruntum sementara menunggu masa untuk jam di studio Lau, mereka akan menghampiri kami dengan pandangan yang sangat punk dengan mulut yang sedikit terjuih (mungkin terpengaruh dengan pose Sid Vicious) dan adakalanya memberi soalan-soalan kuiz berbentuk pengetahuan am punk kepada kawan-kawan aku yang boleh dijadikan mangsa mereka.
Ada sekali kawan aku, seorang yang agak bising mulutnye(haaa…cube teka siapa?) memakai baju Samhain… So ketua kumpulan punk yang merasakan dia ade memegang PHD dalam jurusan Pengetahuan Am Punk dan Sejarah Punk Global, mengajukan soalan kepadanya… “Haaaa ni lagi dahsyat, siap pakai baju Samhain. Kau tau tak apa Samhain ni?” Kawan aku yang biasanya bising tu, tersengih-sengih tak menjawab.
You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solutionAku tahu yang kawan bising aku pun tahu apa nak jawab, tapi we just sat there silently sebab kalau dapat jawab pun bukan dapat markah dan membuatkan mereka berpuas hati lantas mengambil kami untuk join geng punk dia. Dia pun dengan muka kerek bagitau aku… “Korang ni.. pakai t-shirt je tau!”… Lepas tu dia mulalah bersyarah (dia kan ade PHD punk)… pasal apa itu..pasal apa ni.. sampai masuk cerita lagu Zombies, Cranberries tu la.. bla, bla, bla…
Tapi nasib baik tak lama, lepas tu setelah korum mereka cukup, mereka perlu blah ke tempat lain untuk memperagakan Mohawk mereka. Jika lambat nanti kepala berpeluh dan akan melembikkan pangkal rambut dan menyebabkan Mohawk terlentok dan akan kelihatan mirip balung ayam. Tak punk la kan? So there they went…
Beberapa bulan selepas tu, terdengar desas-desus ketua punk berPHD ditangkap polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan yang berakhir dengan siri tikam-menikam dan membabitkan kecederaan yang serius. Wow! Bukan sahaja bijak bercakap tapi terrer jugak bermain senjata. Serba boleh. Dengarnya dia dimasukkan ke dalam lokap dan kemudian dibebaskan… Pada masa yang sama para remaja sedang sibuk dengan kemunculan cerita Romper Stomper… Ye… Ada sesiapa yang boleh meneka sambungan cerita ni??
Spreading lies to all those kids
For your own priority
Misguiding them into your tribe
That is how it’s got to be
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you
It still rules you! Ya… aku langsung tak terkejut… But I find it rather hilarious then(even now). Ketua punk berPHD tidak lagi mempunyai Mohawk yang sangat dibanggakannya… Kini kepalanya sudah ditarah. Nipis hampir botak. Memakai bomber jacket dan Underground boots. Suspenders yang tidak disangkutkan ke bahu tapi dibiarkan bergayutan di sisi (What’s the point of wearing suspenders in the first place??). Ketika ternampak dia dan geng-gengnya (yang juga telah bertukar mahzab), dia tidak lagi menjuihkan mulut ala Sid Vicious. Well, that’s soooooo….yesterday! Kini lebih kepada renungan yang tajam dan riak muka yang “Know it all!”. Aggro and proud!
Ada beberapa insiden yang melibatkan mereka mengherdik dan mencari pasal untuk bergaduh dengan geng aku yang sedang bermain skateboard. Aku tak tau kenapa. Aggro and proud? Mungkin. Tapi tak mengapa sebab geng aku semua peacepunk. Kami tak percaya pada fist fight! Fist fuck? Itu kena cerita dalam blog yang lain.
So ada di antara geng aku yang pernah jadi mangsa belasahan mereka tanpa sebab. Geng aku juga ada menonton Romper Stomper tapi kami tidak pulak menjadi skinheads dan bertindak ganas dengan bersusah payah mencari sebab untuk terlibat dalam pergaduhan. Tak paham. Mungkin aku dan kawan-kawan lain tak paham dengan mesej dari cerita tersebut. Ahh… cerita sebegitu sangat complicated. Cerita Labu Dan Labi lebih mudah.
You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solutionSekarang dah tahun 2008, August. Tak lama lagi nak masuk 2009. Aku tak dengar cerita lagi pasal Ketua punk @ skinheads berPHD. Jadi indie ke ape sekarang ni… tak tau la aku. Tak payah nak pikir. Not important at all.
Walaubagaimanapun, attitude ketua punk berPHD, ada dimana-mana. Sekarang ni pun aku masih merasa tempias-tempias syarahan yang ala-ala self-righteous, know it all, I’m holier than thou kinda shit, bila aku menjengah beberapa website untuk mengikuti perkembangan tentang muzik berdikari ini amnya. Kebanyakannya cuba untuk menjadi ‘The’ punk scholar dengan membawa hujah-hujah dari mahzab-mahzab punk sekolah mereka.
Apa tujuannya? Cuma mereka-mereka yang terlibat dalam kancah fahaman punk tulen sahaja bisa mengerti. Memang betul ada yang berpendapat yang punk is not about unity, it’s about conflict. Tapi aku juga percaya yang punk bukan bertujuan untuk mencari conflict and complicate things…
Kepada Ketua punk @ skinheads berPHD Kuantan, semoga tidak lagi terjebak dengan mana-mana krisis identiti yang parah hendaknya…
You just love to criticize But where’s your contribution? Violent flame is in your eyes And there’s no solutionNota : Lagu dipetik dari Stupidity Rules!(You).
-acai-