Friday, March 28, 2008

THIS USED TO BE OUR PLAYGROUND...



Anyone remember this place?

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain(macam tak kena je bunyiknya...)

Yep. Sekitar tahun 1999 - 2001, Tojeng telah bersusah payah mengusahakan sebuah studio dengan name yang sama dengan band beliau - D.E.P Studio (ye, agak corny...)

Boleh dikatakan hampir semua band (tak kira yang underground atau rock kangkang) di Kuantan akan jam di sini. Tak kurang juga 'band-band' sekitar Bentong, Temerloh dan Kemaman yang juga akan datang jam disini jika mereka ke Kuantan selain untuk gig atau saja turun untuk shopping sikit-sikit.

Reputasi yang hebat tentang studio DEP bagaimanapun tidak dapat bertahan lama kerana saingan yang sengit dari studio-studio di Kuantan yang sudah established dan juga studio-studio baru yang menyediakan 'equipment' yang kalau tak sampai state of the art pun, masih baru dan berkilat membuatkan kompas para pemuzik akan lebih tertumpu ke studio-studio tersebut.

Kos penyelenggaraan yang tinggi lebih-lebih lagi untuk cymbals, hi-hat, bass skin dan snare skin untuk drum yang boleh dikatakan setiap bulan barai dikerjakan oleh pemuzik novice membuatkan Tojeng terpaksa menjual barangan studionya kepada seorang rakan yang bernama Pok Sang. Jadi Pok Sang pulak bertungkus lumus meng-upgrade-kan apa yang patut tapi tak lama lepas tu (mungkin sekitar 2003/2004) , studio ini telah bertukar milik dan tuan punya yang baru kalau tak silap bernama Zul. So Zul telah membuat beberapa perubahan seperti menukar nama studio kepada 'Blast Studio' dengan sentuhan spray paint yang kreatif. Tapi aku kurang pasti sama ade nama dan dekorasi ini telah berlaku semenjak diambil alih oleh Pok Sang atau Zul. Kepada siapa yang lebih mengetahui, sila bagi komen.

22 Mac 2008, Panther, Din dan aku jam kat situ... terimbau kenangan. Rasa macam baru semalam aku jam dengan the whole DEP (sila lihat gambar di sini). Those were the days la...
Tapi macam semua cerita yang best.. ianya akan berakhir dengan cara yang tak berapa best sangat... Sama macam studio DEP...

DEP the band? Tak tau lagi... Harap-harap... This One's Forever... (corny lagi...)

9 comments:

tRip tO nOwHeRE said...

ehem-ehem...ada sedikit kesalahan fakta la boh..

DEP said...

doh? perbetulkan la...

Anonymous said...

Oh boy.. it sure brought back heck of memories seeing this pic..

Lain beno nampak skarang ehhh...

DEP said...

princesspurplestarfish - memang lain. paling ketara... semakin kotor.. potong betul la MPK.

syik s. said...

memory strikes back here too! i remember the first time i went to kuantan for a gig. kat luar studio ni la gua bersidai waiting to be taken home by a kind girl called 'adik'. i was 15 back then with a long long journey from kuala pilah...

Rhona Rozlan said...

sekarang dengar cerita sudah dijual pada orang lain pulak. tak sure betul ke tak. and rasanya, blast tu dicat pada zaman zul. kot.

Anonymous said...

dep. lama tak dengar cite pasal korang.

studio antara tmpt aku luang masa slain studio chua kat kbg buaya.
aku dh lepak dr kecik sampai la tua dr zmn dep lg. mmg byk prubahan demi prubahan. last skali aku jam zaman zul.
kalau sekitar ktn dlm byk2 studio,studio ni plg aku suka. susunan eq mmg sedap walaupon instrument tak grand.
tp skrg dgr cite zul dah jual. hrp2 owner br still kekalkan mood mcm yg zul bwat.
anyway, for dep, harap korg tak menyepi lg. XD

DEP said...

syik s - how old are you now girl? bersidai kat mana-mana lagi ke sekarang ni? hehehe

rhona - ye ke dah dijual?... whatever it is all the best to the new owner...thanks for the info...

triplexsurfer - ye harap-harap DEP takkan menyepi lagi... we try to keep up like how our song goes, "This One's Forever..." So we are here to stay ;)

Again, thanks to all of you for the undying support. See you at our shows.

-acai-

nizang said...

aku first time gi sini time first time ever aku gi gig dlm idup aku. lepas gig tu (lyme, c.dung, pointless judgement main) aku duk lepak sini tunggu bas balik kuala terengganu in 1998, aku 16. gile rase bes buleh gi gig...

aku penoh masuk studio ni sekali time DEP lg kot, mase tu aku ikut bdk2 Aftermath jamming. Tojeng main dram. Mijan pun ade (leni gitaris hebat Restraint) abis jam smua pintu kuor kunci dh tutup gelap gelemak. Suasana suspen sebentor...