Monday, August 11, 2008

Koktel Molotov tidak sesuai dihidangkan di majlis perkahwinan...


Peristiwa pada 9 Ogos 2008.

1. Di atas sikap sesetengah kawan aku yang tak begitu internet savvy(saje je bakor! ;P), terpaksalah aku dan bini tersayang mengharungi kesibukan kota metropolitan yang senantiasa berjerebu untuk bertemu mereka bagi sesi temubual yang akan dimuatkan dalam Innerview #2. Temubual yang dimaksudkan adalah bersama Molotov. Sebuah band yang tidak kurang hebatnya dari Kuantan yang masih bertahan dari 1998 hingga ke hari ini. Mereka telah melibatkan diri untuk satu persembahan di MCPA pada hari tu dan aku dah set appointment untuk bertemubual selepas show mereka.

Seperti dijanjikan temubual diadakan di sebuah kedai mamak yang pertama di luar pagar MCPA. Berbekalkan teh tarik yang sangat cair dan boleh nampak Segamat (bak kata si Fikri yang hensem) kami bertemubual secara santai. Diorang memang tak boleh nak di-interview sebab tak serius langsung! Asek buat klakar je. Lagi-lagi si Mamat... muka serius tapi buat klakar. Hish geram betol aku!

Antara soalan yang dikemukakan ialah... OK, sila baca Innerview #2 bila sudah terbit ya!

Selepas sesi interview, sesi ukor gambor (bak kate orang pantai timor) pulak berjalan. Meny dengan sapu tangan menutup hidung dan mulut - ala-ala koboi nak merompak bank lagaknya.

Setelah selesai Molotov, the whole gang photo la pulak, dengan berbagai pose yang anda boleh lihat sendiri.

Sedikit berkenaan Molotov, dianggotai oleh 4 individu yang tak kurang kacaknya (hanya bila memakai busana hari raya), yang juga pernah menganggotai band-band di Kuantan seperti Secret Army, Enslaved Chaos, Hustler Honey dan Mixblood. Band yang jujur dan percaya dengan muzik yang mereka mainkan. Walaupun ada yang chop mereka sebagai rock-kapak sekalipun, langsung tak dipedulikan. Syabas! Molotov memang band bising yang tegar.

Mahukan cerita yang lebih 'panas' tentang Molotov? Sila tunggu Innerview #2. Terima kasih.

2. Ada seorang penyokong kuat DEP telah melangsungkan perkahwinan di rumahnya di Transit Quarters, Kuantan. Saya bagi pihak DEP yang tak dapat hadir untuk merasmikan..sorry... memeriahkan majlis yang gilang-gemilang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Semoga bahagia berkekalan dan perkahwinan ini bukan secara 'kebetulan'. Dengan ini saya dengan rasa penuh sukacitanya ingin mendendangkan sebuah lagu dengan key A minor ditujukan khas kepada kedua mempelai. Perdengarkan...

Kita semua sepakat

Di kampung hai Pening Lalat

Mengucapkan Selamat... Pengantin Baru...

Sekian. Terima Kasih.

Nota:

1) Gembira sebab bertemu kembali geng lama dari Temerloh, Edi dan Karl. Terima kasih sebab beli CD koi. Steady la ghodong!
2)Juga kepada Zul Lanchang@ Zul Pok Teh, ucapan Selamat Pengantin Baru juga pada 23hb Ogos 2008 ni. Semoga bahagia ke anak cucu. Koi tok boleh gi sebab ade show malam tu. Gambir Sarawak mintak dengan Ya, ok.
3) Kalau ada geng-geng yang lain yang akan berumahtangga tak lama lagi, lagu yang sama di atas ditujukan menggunakan key-key lain yang dirasakan bersesuaian dengan suasana. Terima kasih.

-acai-

7 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ada lagi ke transit quarters..??

Elly Rocker said...

pokteh zul nak nikoh doh? argh!!!

anarki pun kawin. bile la aku plak nak kawin :p

eh?fikri rock pun ada?..

aku rindula #under/sea webnet :(

damn..

Elly Rocker said...

lah!! meny ke tuh tutup mulut? hahah!! meny!!! aku rindu ko!!

DEP said...

pipiyapong - ada lagiiii....

elly rocker - yup. pok teh zul nak meneruskan legacy punknye sebab tu die nok buat zuriat...hehe.fikri adalah merangkap bouncer dan PR sekaligus untuk Molotov. meny memang suka tutup mulut... nak-nak bile mase main drum. lencun sapu tangan.

-acai-

rahiza said...

pipi, a'a ler transit tu legend tau! :D

oooo patut ar pokteh zul dok mari kenduri kaeh, rupanya p iringi molotov.

dgr cerita ada nak buat konsert under/sea. betul ker?

fikri memang setia dgn molotov sebab dia mmg rock! tenkiu ke pikri, meny dan doktor sebab sudi dtg kaeh nikah.

meny tetap beh! kaeh gelar dia sid vicious kuantan. ehehehehe. mat melawok jer keje dia.

acai, tenkiu le sebab wish ke kaeh, cuma tertanya tanya nih, adiah kawin tadak ka? heeeee

quikwaves said...

boh..baju hitam hok katam tuh shahril ker?

the artist and i said...

sehat-sehat dan happy belaka.