Tuesday, September 23, 2008

Puasa ok? :)



Apa kabo orang Kontan?

OK biennially, aku akan balik ke Kuantan untuk berhari raya bersama emak aku and the other Magnificent 6. Campur aku jadi Magnificent 7 la(cekap betul Allahyarham bapak aku buat family planning). Kalau nak buat team bola 7 sebelah pun boleh. Cuma yang pastinya, aku ni kaki bangku.

So tahun ni aku akan beraya di Kuantan...

Terimbau kenangan masa aku bujang dan separa hardcore dulu. Sekitar tahun 1996-2000, masa rambut aku ala-ala Marty Friedman. Aku cukup malas nak balik kampung sebab taknak bersesak-sesak dengan orang ramai. Aku cukup tak suka beratur panjang-panjang cuma nak dapatkan tiket bas dan menghabiskan masa di Puduraya sebab pada aku itu semua adalah kerja yang membuang masa dan tenaga.

Jadi keputusan yang mudah adalah untuk tidak balik beraya. Aku cuma akan balik ke kampung seminggu lepas hari raya sebab time tu semua orang dah tak kecoh nak balik kampung. Aku rasa tindakan aku ni sangat bijak dan... cool! Itu yang aku rasa...

Sampai pada satu tahun tu bila aku balik seminggu lepas raya, tak ingat pulak tahun bila. Masa tu rumah aku kat Taman Guru. Time aku balik aku nampak Tok belah mak aku dengan Allahyarham ayah aku tengah lepak kat ruang tamu.

Aku dengan ceria menyapa diorang, tok aku macam biasa tapi bapak aku macam lain sikit. Aku pelik jugak sebab biasanya kalau dia jumpa aku, dia happy. Ni macam ada yang tak kena. Tapi aku sebagai seorang budak separa hardcore berjiwa rebel without a cause, terasa malas nak bertanya dan terus ke dapur tanya mak aku ada apa makanan. Mak aku macam biasa hidangkan mende makan sambil berleter bila nak potong rambut la, apasal kurus sangat, cuti berapa lama dan macam-macam lagi. Aku jawab yang mana sempat dan tanya sikit sebanyak pasal abang dan adik-adik aku.

Adik beradik aku merata-rata. Abang aku kerja di Johor. Dua adik selepas aku kerja kat Kuantan tapi duduk sendiri kat tempat lain(kadang-kadang je balik). Adik pompuan aku belajar kat KL. Cuma yang second last dengan yang last je tinggal ngan mak bapak aku. Itu pun yang second last cukup susah nak lekat kat rumah, asyik main bola je keje dia. Jock!

Lepas makan aku lepak ngan tok aku kejap borak lebih kurang. Bapak aku tengah jalan ke hulu ke hilir menyapu habuk yang ade kat ruang tamu. Muka masih muka boring. Aku pun tanya la.

Aku: Kenapa Pa? Ada problem ke?
Papa: Kenapa baru balik? Tak dapat cuti raya ke?
Aku: Dapat. Tapi kite malas nak balik time raya ari tu. Susah la. Dengan orang punye la ramai kat Puduraya...

Aku rasa nak mengenengahkan hujah lagi tapi bapak aku sudah buat muka kecewa. Aku pun confused. Slow-slow die gi ambik rokok salem dia, pasang dan dengan suara ala-ala Morgan Freeman, dia bagitau aku.

Papa: You cannot be selfish. You have a family. Ada adik-beradik, mak bapak semua. Papa tak kisah kalau awak tak balik lama pun sebab urusan-urusan awak. Tapi bila time raya, awak balik la. Sebab time tu je papa dengan mama boleh jumpa awak adik beradik serentak...Is that too much to ask?

Slow je die cakap sambil hembus asap rokok beserta dengusan dari hidungnya. Time tu memang aku tak boleh nak cakap apa sebab apa yang dia cakap tu betul. Dia memang tak kisah dengan lifestyle aku yang tidak begitu berminat dengan sambutan hari raya yang telah dikomersialkan. Tapi part aku tak balik join the rest of the Magnificent 7 tu yang buat dia terkilan. Memang salah aku.

Aku tak tau pasal siblings orang lain. Tapi aku punya memang macam kopi tu la. Betul-betul kaw! Boleh cerita pasal muzik, bands, movie, skateboard, guitar dan bola(yang biasanye akan diakhiri dengan kutukan sebab aku kaki bangku). So we all are very close. Jadi cakap bapak aku tu betul sebab kalau aku yang selalu buat tak kisah, eventually adik beradik aku yang lain pun akan tak kisah nak balik time raya especially adik-adik lelaki aku yang dah berjinak-jinak menjadi separa hardcore atau mungkin lebih hardore dari aku.

Lepas pada tahun tu... Aku dah tak miss balik Kuantan time raya. Cuma sekarang bila aku dah ade family of my own, Kuantan will only see this homeboy 2 tahun sekali untuk raya. Bapak aku meninggal 23 Dec 2002, kurang 3 bulan sebelum aku kahwin. So nak masuk 6 tahun bapak aku kembali ke Rahmatullah. Adik-beradik aku masih rapat macam dulu jugak. Bergurau senda dan bergelak ketawa sebab aku masih lagi kaki bangku. Tapi aku tak kisah. Yang pentingnya we love one another's company.

If you're just like me then who loathe hari raya because of all the small things, that's just not worth it. Cherish your family while you still have the opportunity.

There's no place like home...(so wheeeeeere am I?)

Selamat Hari Raya...


-acai-

14 comments:

the miss feed said...
This comment has been removed by the author.
Rhona Rozlan said...

abang acai dan kak atie, nak duit raya!

haha.

DEP said...

Boleh. Datanglah beraya kat rumah. Ajak la boyfriend sekali.

Duit Saidina terima tak?

-acai-

Rhona Rozlan said...

apa nilai duit saidina. nak suruh datang ke rumah mana ni? Kuantan ke Sri Kay?

(semangat laaaa nak beraya)

DEP said...

Takde nilai? Orang boleh beli KL, Penang semua tu. Boleh beli ladang lagi die kate takde nilai...

Jemput datang ke rumah Kuantan dan juga Sri Kay.

-acai-

FastRi said...

ingatkan cara-cara nak belajar simpul manuk ke simpul kerusi ke apa tadi.
Salam Aidilfitri

rahiza said...

selamat hari raya abang acai!
ahahahaha.

nanti buat open house tak?
aku nak dtg makan banyak².

salam raya utk acai dan atie dan anak².. ehehe

DEP said...

fastri - simpul manuk? lame tak dengar tu... simpul buku sila lagi..hehehe

mentallyaddicted - Jemput datang ke rumah Kuantan dan Sri Kembangan sekali. Tolong bawak duit raya banyak2.

-acai-

hellbug said...

Yup Sahir si kaki bangku,heheh.
Aku masih igt pangsapuri riviera,year2002,malam raya,kamu balik ke rumah dgn penuh kekecewaan kerana bos tak memberi pelepasan cuti raya tapi lu nekad utk pulang beraya dgn motto "apa nak jadi jadilah" and quit the job..

Papa@uncle faidz adalah seorang yg sgt2 cool yg pernah aku jumpa..

Jumpa di kuantang lah raya..kedai Hai Tian belakang shell jln TC..amcam...ok tak .hehehe..

Anonymous said...

aiseh. ni ler blog first aku bukak pagi nih, ati terus sayu la cai.


teringat masa bawak arwah ngan mama turun jb dari kontan. masa tu world cup 2000 tak silap. diorang nak gi umah apek. dalam keta, aku ngan zila stail malu2 cuak nak isap okok tapi tak tau camne. slow je arwah sound dari belakang... "nak isap okok isap je la zie.. papa ngan mama tak kesah"


kih kih.


Selamat Hari Raya Acai & Atie. Maaf Zahir & Batin. Drive safe and kemsalam Mama ye.


-Hazie-

DEP said...

Hellbug - Betul. Aku memang bengang gile time tu sebab boss aku macam pundek. Patut la aku nekad gile nak balik sebab that's the last time aku jumpa dan beraya dengan dia. Apek lagi ralat sebab nak jadi drama dia kene beraya kat Johor tahun tu. Takde rezeki.

Yup. Bapak gua memang cool. Tu yang Ketua Punk berPHD tak puas hati tu.

Kedai Hai Tian? Boleh. Call la nanti wang!

Smurfette@Hazie - Tu la Hazie. Arwah bapak aku tu memang boleh jadi geng. Bayang satu je la. Sebelum Lee (Pilgrims/CD) kawan ngan aku dia dah kawan ngan bapak aku dulu sebenanye.

Thanks, I will. Selamat Hari Raya and maaf zahir batin to you too. You pun drive safely eh. Kim salam the Johore clan esp Zila.

-acai-

the artist and i said...

shahdu.

tapi bila click kat komen, tengok rhona minta duit raya, agak terlupa keshahduan.

pernah gak tak balik raya, dok sorang-sorang kat kl.

pastu hairan awat telifon tak berbunyi pada pagi raya, selalunya adik2 memang gedik nak kol.

pastu mak tol tengahari

"bukan takmau kol pagi2..satgi hang menangih pulak.."

-shahdu

Rhona Rozlan said...

laaahhhhh.

Zach Van Alley said...

Selamat hari raya Acai & Atie, serta DEP sekaliannya.

Maaf zahir batin.