Thursday, August 7, 2008

CERITA DALAM LAGU…(ala-ala rancangan RTM dengan montaj yang low-tech)

People are moving but you still there
Don’t know what to do
Inject that macho thing into your self
Makes you look like a fool
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you

It still rules you!


Ok ada satu geng kat Kuantan dulu (94-95) yang sungguh punk tak ingat. Sebab mereka pakai Doc Martens, berjaket kulit (mungkin PVC sebab mereka punk yang tulen) hitam, bert-shirt Anti Nowhere League, mengenakan rambut ala Mohawk dan merasakan yang mereka punk yang melampaui batasan punk yang sebenarnya, sangat tidak puas hati dengan geng aku. Aku pun tak tahu kenapa.

Jika diorang jumpa geng aku yang sedang seronok bermain skateboard di belakang Kompleks Mara atau sedang melepak di Kompleks Teruntum sementara menunggu masa untuk jam di studio Lau, mereka akan menghampiri kami dengan pandangan yang sangat punk dengan mulut yang sedikit terjuih (mungkin terpengaruh dengan pose Sid Vicious) dan adakalanya memberi soalan-soalan kuiz berbentuk pengetahuan am punk kepada kawan-kawan aku yang boleh dijadikan mangsa mereka.

Ada sekali kawan aku, seorang yang agak bising mulutnye(haaa…cube teka siapa?) memakai baju Samhain… So ketua kumpulan punk yang merasakan dia ade memegang PHD dalam jurusan Pengetahuan Am Punk dan Sejarah Punk Global, mengajukan soalan kepadanya… “Haaaa ni lagi dahsyat, siap pakai baju Samhain. Kau tau tak apa Samhain ni?” Kawan aku yang biasanya bising tu, tersengih-sengih tak menjawab.

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Aku tahu yang kawan bising aku pun tahu apa nak jawab, tapi we just sat there silently sebab kalau dapat jawab pun bukan dapat markah dan membuatkan mereka berpuas hati lantas mengambil kami untuk join geng punk dia. Dia pun dengan muka kerek bagitau aku… “Korang ni.. pakai t-shirt je tau!”… Lepas tu dia mulalah bersyarah (dia kan ade PHD punk)… pasal apa itu..pasal apa ni.. sampai masuk cerita lagu Zombies, Cranberries tu la.. bla, bla, bla…

Tapi nasib baik tak lama, lepas tu setelah korum mereka cukup, mereka perlu blah ke tempat lain untuk memperagakan Mohawk mereka. Jika lambat nanti kepala berpeluh dan akan melembikkan pangkal rambut dan menyebabkan Mohawk terlentok dan akan kelihatan mirip balung ayam. Tak punk la kan? So there they went…

Beberapa bulan selepas tu, terdengar desas-desus ketua punk berPHD ditangkap polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan yang berakhir dengan siri tikam-menikam dan membabitkan kecederaan yang serius. Wow! Bukan sahaja bijak bercakap tapi terrer jugak bermain senjata. Serba boleh. Dengarnya dia dimasukkan ke dalam lokap dan kemudian dibebaskan… Pada masa yang sama para remaja sedang sibuk dengan kemunculan cerita Romper Stomper… Ye… Ada sesiapa yang boleh meneka sambungan cerita ni??

Spreading lies to all those kids
For your own priority
Misguiding them into your tribe
That is how it’s got to be
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you
It still rules you!


Ya… aku langsung tak terkejut… But I find it rather hilarious then(even now). Ketua punk berPHD tidak lagi mempunyai Mohawk yang sangat dibanggakannya… Kini kepalanya sudah ditarah. Nipis hampir botak. Memakai bomber jacket dan Underground boots. Suspenders yang tidak disangkutkan ke bahu tapi dibiarkan bergayutan di sisi (What’s the point of wearing suspenders in the first place??). Ketika ternampak dia dan geng-gengnya (yang juga telah bertukar mahzab), dia tidak lagi menjuihkan mulut ala Sid Vicious. Well, that’s soooooo….yesterday! Kini lebih kepada renungan yang tajam dan riak muka yang “Know it all!”. Aggro and proud!

Ada beberapa insiden yang melibatkan mereka mengherdik dan mencari pasal untuk bergaduh dengan geng aku yang sedang bermain skateboard. Aku tak tau kenapa. Aggro and proud? Mungkin. Tapi tak mengapa sebab geng aku semua peacepunk. Kami tak percaya pada fist fight! Fist fuck? Itu kena cerita dalam blog yang lain.

So ada di antara geng aku yang pernah jadi mangsa belasahan mereka tanpa sebab. Geng aku juga ada menonton Romper Stomper tapi kami tidak pulak menjadi skinheads dan bertindak ganas dengan bersusah payah mencari sebab untuk terlibat dalam pergaduhan. Tak paham. Mungkin aku dan kawan-kawan lain tak paham dengan mesej dari cerita tersebut. Ahh… cerita sebegitu sangat complicated. Cerita Labu Dan Labi lebih mudah.

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Sekarang dah tahun 2008, August. Tak lama lagi nak masuk 2009. Aku tak dengar cerita lagi pasal Ketua punk @ skinheads berPHD. Jadi indie ke ape sekarang ni… tak tau la aku. Tak payah nak pikir. Not important at all.

Walaubagaimanapun, attitude ketua punk berPHD, ada dimana-mana. Sekarang ni pun aku masih merasa tempias-tempias syarahan yang ala-ala self-righteous, know it all, I’m holier than thou kinda shit, bila aku menjengah beberapa website untuk mengikuti perkembangan tentang muzik berdikari ini amnya. Kebanyakannya cuba untuk menjadi ‘The’ punk scholar dengan membawa hujah-hujah dari mahzab-mahzab punk sekolah mereka.

Apa tujuannya? Cuma mereka-mereka yang terlibat dalam kancah fahaman punk tulen sahaja bisa mengerti. Memang betul ada yang berpendapat yang punk is not about unity, it’s about conflict. Tapi aku juga percaya yang punk bukan bertujuan untuk mencari conflict and complicate things…

Kepada Ketua punk @ skinheads berPHD Kuantan, semoga tidak lagi terjebak dengan mana-mana krisis identiti yang parah hendaknya…

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Nota : Lagu dipetik dari Stupidity Rules!(You).


-acai-

11 comments:

hellbug said...

Yup..memori yang menusuk kalbu,tahun.Kawan kita yg pakai Samhain tu tak lain tak bukan ialah abg shahrir petir.

Jika lambat nanti kepala berpeluh dan akan melembikkan pangkal rambut dan menyebabkan Mohawk terlentok dan akan kelihatan mirip balung ayam-Tapi mereka tak boleh challenge mohawk abg jawa,heheh,yg mendapat jolokan mohawk balung ayam tersungkur suatu ketika dulu,disebabkan terkena renjatan elektrik semasa sibuk meng"hairdryer"kan rambut die masa gig kat scandal,terus tersembam!


Yup.kejadian mereka mengejar kita kat depan kuantan plaza sambil berteriak oi!oi! memang macam haram..

Dari sumber yang aku dapat masa borak ngan kawan-kawan lama masa aku balik kampung baru-baru ni,ketua punk berPHD dah tak jadi ketua punk dah,tapi dah jadi seorang ketua keluarga yg berwawasan.Amen..

Attitude punkPHD ni memang membosankan.Mereka-mereka ni semua bagi aku cuba nak jadi "gong" tak tentu hala,kritik2 mereka adalah untuk menjatuhkan,bukan untuk kebaikan,merekalah best skali,being judgemental,tak ikut kena potong nama,tengkorak kamu..dan harus diingat,attitude punkPHD ni juga semakin menular dikalangan kawan-kawan rapat,amat menyedihkan.sebab apa?sebab ade PHD lah!iri hati...

we hate it when our friends become successful...

aedie azrul said...

kes ini aku pernah kena juga,malas nak menjawab.yang paling best nih bila myg perasan ada phd ikut musim.musim ini skinhead,musim depan punk,musim se lagi grunge,nasib abik tak jd mudim.Aku pernah nak kena belasah dgn budak skin dekat BB.Sial betul,Naib baik ada kawan-kawan KLHC masa tu duk lepak main skate kat bulat2.Tapi yg bestnya benda-benada gini jadi kat Pekan2,Kota beso je.Adala gak yg poyo nya kat pekan2 kecik tapi tak sehebat yg di pekan beso.At least masih boleh hangout sama2.Cakap pasal renjatan eletrik.aku pernah kena gak,kebas tangan tak hengat....

DEP said...

hellbug - wah! komen yang bersemangat sekali.

Bukan Shahril yak rang ke nama die?

Yang kes jawa tu, lepas insiden tu yang muka die mcm hitam sebelah kan?

Ye, kejadian Kuantan Plaza tu memang macam cibai walaupun aku takde masa tu.

Baguslah kalau ketua punk berPHD dah berkeluarga, harap tak bagi anak die pulak tengok Romper Stomper.

Pasal punk berPHD yang baru tu, mungkin diorang cuba nak tarik perhatian sesiapa kot?

Wow. Falsafah abg Moz... "Old friendship evaporates fast under the cruel hands of jealousy..." ok? aku ambik org punye ni..

aedie azrul - wei aok. aok pun penoh kene jugak eh? tu la, koi memang dah rase penyakit gini, mane2 pon ade. hish, tapi takpe la... biasenye derang ni seme memang jenis bermusim.. kite bagi derang can la...ok? peace ghodong!

haa tu la aok. sape suruh main. kan dah sengat dek karan...;)

-acai-

hellbug said...

erm.. sharil petir ade juge,sharir yak rang ada sahabat ckp dah meninggal dalam kemalangan jalan raya.

semangat la shahir..ada gaya mcm pembaca berita RTM dok...hahaha.

saudara..(dgn gaya farid ismeth emir).....fikir-fikirkan...

quikwaves said...

HAhahahahha....ni lar posting yang paling lawak n kelako yg aku bace..sakit perut aku sampa kuor air mata..huhuhuhu..

DEP said...

hellbug - mu bukan farid ismeth.. mu ismeth ulam raja...

quikwaves - omboh...sukenye die...kluor air mate pa... soh gelok kuak sangak wang.. boh mu dengor kang...natam ni...hahaha

rahiza said...

lee spek suka bahang budak masa kat komplek. takde kaitan dgn cerita tersebut. muehehehehe.

DEP said...

mentallyaddicted - tak tau la pulak lee spek suka bahang orang. walaumacamanapun, beh ke dah bergelar puan skarang ni? ;)

Ade mase lagi ngomen eh? ;)

-acai-

hellbug said...

Puan mentallyaddicted..lee spek ke zul "kechok" suka bahang..ke joe badok..hehe

rahiza said...

acai,
beh jugak bila dah jadi puan, boleh tidur peluk suami muehehehe. cuma lepas nih kena pandai memasak la.

hellbug,
zul kechok pon kaki bahang budok jugak, sampai pernah gaduh dgn abg kaeh. dua² kaki bahang, ha elok lah tu. last² baik semula. kaeh pon ikut jejak dorang, sebab pernah bahang budok laki masa main rounders! ehehehehe :D

Azwad said...

Betul bang! Setuju sangat2.