Monday, October 6, 2008

Post-Raya Post

-Lebai Syabil Samping Londeh memberikan pose istimewa untuk para peminat-



Sorry geng.

Aku balik Kuantan tapi aku tak dapat nak jumpa all the gang. Ini disebabkan kesibukan melayan saudara mara yang bertandang. Aku cuma sempat ke rumah Asma sebab tu pun rumah dia dekat dengan rumah aku. Isha's pasta la vista memang superb! Petang raya ketiga aku ke rumah Arif Ramly (sebab rumah Arif pun dekat) belasah nasi dagang. Power!

Remy, Abang Long Nazir dan Epit datang rumah aku malam raya pertama. Sebab sedara aku ramai kat rumah, aku deport diorang kat rumah Asma dan balik semula ke rumah aku untuk layan sedara aku. Bila sedara aku dah blah dan aku pegi balik ke rumah Asma, diorang semua dah blah. Yang tinggal cuma Pok Sang, Pok Mang dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama. Aduh! Tak sempat langsung nak catching up. Layan tengok RHCP live kat Slane Castle. Macam biasa Asma koya Chad Smith. Nasib baik Sahar takde. Kalau ade mesti dah koya Frusciante.

Sahar dan Senah datang rumah aku raya keempat.

Untuk Che Li, Mat Duan, Kerry King, Shahril Petir, Panther, Ya, Fikri, The Jalil's, Syed Azwan and other ol' buddies, aku mintak maaf sebab tak dapat langsung nak jumpe. Rasenye kena ambik cuti extra nanti.

25/10 ni aku balik lagi sebab sepupu aku kahwin di Pekan. Taknak janji ape-ape sebab nanti tak tertunai. Siapa yang dah order baju dengan aku, aku akan bawak balik time tu. Untuk sesiapa yang berminat, sila buat tempahan sebelum atau pada 17/10. Order selepas pada tarikh tu akan dilayan seperti order biasa dan postage akan dikenakan. Untuk lebih info tentang harga dan design t-shirt, sila ke sini.

Innerview #1 dan #2 pun ade lagi. Aku akan bawak balik jugak tapi mungkin tak banyak. CD DEP boleh dapatkan dari Panther, Ya, Ude ataupun Blast Studio (kat terminal).

Belilah barangan buatan Malaysia. Itu je la.


-acai-

7 comments:

Rhona Rozlan said...

letak Irana tak boleh ke? tu nama manja aku dengan hazie jeh.

DEP said...

Senyap-senyap je dah la... Sape yang paham... paham la. Ini mengantoikan diri sendiri namenye. ;P


-acai-

Gayah Gebu said...

hahahaha.. ntahnya. ala terima je la hakikat senah oii..


syabil punye samping dah bleh buat gown gitew. gambar satu family takde ke?

the artist and i said...

hahahahah..

nak nama glamer saja! dan dan terkantoi! hahaha..

amboi lebai kat ataih, lebih sampin dari seluar!

Rhona Rozlan said...

aku masih belum mengantoikan diri sebab tak sebut pun nama yang mana.

hang yang mngantoikan aku.

rahiza said...

acai, nanti kaeh nak kirim hadiah kahwin untuk tini boleh? kaeh tak dpt dtg wedding tini sebab adik ipar kaeh pon kahwin on the same date.

DEP said...

smurfette - gambar satu family dalam facebook nanti.

weed and bandages - sampin boleh, kain pelikat pun boleh. 2 in 1.

yourdrugbuddy - satu malaya sudah tau..hehehe

mentallyaddicted - ok. sms saye nanti eh.

-acai-