Wednesday, December 31, 2008

Closing notes for 2008…

Hah! Dah abis 2008. Takde banyak mende pun nak dilihat balik in terms of DEP’s achievement… Aku ingat dapat la banyak benda nak dibuat untuk tahun ni, tapi banyak yang tak kesampaian.

Recap – DEP re-released almost all recorded materials. Almost all! Jadi di sini aku nak ambik kesempatan menerangkan kenapa ada lagu yang tak berjaya dimasukkan ke dalam CD tu. ‘I Who Have Nothing Too’ tak dapat disenaraikan dalam release tersebut sebab DAT (so called master copy) tak berjaya dibaca oleh DAT machine. Beberapa percubaan untuk transfer telah dibuat sehingga akhirnya pita DAT tersebut terus PUTUUUSSS!!! Yang lebih best lagi, ada bahagian DAT tersebut, terlekat terus dalam machine tu.. aku tak tau ape jadi dengan machine tu. Kemungkinan besar, ranap la. So kepada peminat tegar lagu IWHNT, bukan niat aku untuk tidak masukkan lagu tersebut. Dah memang riwayat dia sampai kat situ je kot…Same goes to 'Girlfriend In A Coma' (our rendition of The Smiths' song).

Intro dan Outro (‘Dullaby’ and ‘Back Scrub Lotion Blues’, respectively) juga tak dapat nak transfer. Kepada sesiapa yang masih ada kaset Dullaby, tentu tahu macamana bunyiknye kedua-dua lagu ni… So simpan baik-baik sebab kemungkinan besar akan jadi collectors’ item sepuluh tahun dari sekarang..hahaha.. yeah right!

DEP only managed to play one electric set this year iaitu di MCPA on March. Selebihnya akustik set. Tu pun dibeberapa tempat je. Boleh la…

Plan to record new materials memang ada tapi sebab masih berkira-kira dengan tempat, masa dan juga ongkos membuatkan ianya terbantut. So memang confirm takde recorded material untuk tahun ni… ‘Noir’ aku rasa was recorded in 2007 kalau tak silap aku… tapi tu lebih kepada projek solo sebab aku record seko-seko dengan bantuan Mic Wrecka from The Rebel Scum. The song is planned to be recorded again with the whole band in our future release. Tak tau lagi bila…

Aku ada dapat komen dari beberapa kenalan yang DEP seolah-olah seperti band yang hidup segan, mati tak mau. Kenapa tak dihentikan dan move on with a new thing/band? Mungkin dah sampai masanya DEP should just rest in peace (or pain). Hmmm…ada betul jugak cakap diorang tu… tapi sebab DEP is mine dan aku boleh buat apa pun dengan DEP, meaning aku tak pernah menyekat creativity or music band ni so.. takde sebab aku kena buat band lain… I will stick to it! Memang DEP ada banyak masalah commitments and shits but all that can be solved. It’s very personal to me. Sangat penting untuk aku tekankan di sini yang DEP bukanlah band ‘bermusim’. Kepada mereka-mereka yang sudah lebih 15 tahun berada dalam scene muzik berdikari, pastinya faham apa yang aku cuba sampaikan di sini. Aku tak percaya dengan formula musim ni. Aku cuma percaya kepada ‘fusion’ music dan aku boleh melakukannya tanpa membuatkan ia kelihatan cibai! Hehehe…

Last shout for 2008. May we have a prosperous 2009 and more good things to come. There will still be some nasty tides ahead but I trust that we’ll pull through. We definitely will...

Happy New Year. Cheers!

-acai-

Friday, December 12, 2008

Minimalism at it's best...



This looks like an ancient transcript... hehehe. Picture was taken from here.

Thanks Nizang.

-acai-

Wednesday, December 10, 2008

Siri Teka Lagu 01


Specially dedicated to The Jalils... and other friends too...



Buddies for life!

-acai-


TL01.mp3

Friday, November 21, 2008

Beginilah caranya...



Specially dedicated to Arif 'Smith' Ramly...

-acai-

Thursday, November 20, 2008

CERITA DALAM LAGU - 02

Yeah, bertemu kembali ke rancangan CERITA DALAM LAGU bersama hos anda... Osmaaaan Jailaniii.. Ingat saudara-saudari... read between the lines..

Jealousy which brings you nowhere
With your coldest stare
Your wicked soul urged to mislead
Sewing those evil seeds
Friends turned foes, love became hatred
You tried to be un-you though I know how much you hate it
Rebelling without a cause
It’s like boozing without a pause

And you’ll suffer the consequences


Kalau sesiapa yang masih ingat, aku dulu ada kamcing dengan sorang mamat yang keluarganya ada bisnes yang berasaskan kelapa. Mamat ni punyala baik dan down to earth. Guna SAYA dan AWAK, sebagai ganti nama diri walaupun bercakap dengan geng lelaki. Banyak pengetahuan pasal alternative bands/music sebab dia ada lepak dengan sorang brother yang memang banyak collections of alternative music ni. Aku belajar dengar PIXIES pun dari brother tu. Anyways, cerita ni bukan pasal brother tu, tetapi mamat yang berpewatakan baik tu... mari kita panggil dia... Jalil Hamid...

Jalil adalah seorang yang rajin membantu bisnes keluarga di pasar. Pada masa yang sama dia juga seorang yang sangat sukakan muzik alternatif. Jadi boleh kata setiap hari dia akan kehulu kehilir membawa list of bands yang dia ada untuk di-dub-kan menggunakan CD/Casette player. Ni kira usaha dia untuk mempromosikan bands yang obscure bagi peminat muzik Kuantan pada masa itu. Walaupun dia ada mengenakan charge kepada sesiapa yang mahukan kaset dub dari bands tersebut, tujuan Jalil bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada berkongsi dengan sesiapa yang sangat mendambakan lagu-lagu dari bands alternative kegemaran mereka.

Jalil adalah pengikut fanatik Minority dan juga band-band Kuantan yang ada pada masa itu. Jalil sangat suka menyanyi ketika Minority jam lagu Dead Cities oleh The Exploited. Dia akan menyanyi dengan begitu bersemangat sekali walaupun tak berbutir sepatah haram... Nyanyi ikut sedap tekak bak kata orang tua. Time tu internet pun belum komersil lagi so jangan harap la nak google lyrics eh? Tapi sebab dia cool, I find it rather cute... hehehe.


Standing clueless at a junction
With loads of hesitation
Turning back is not your option
Keep going that wrong direction
You know you’re lost, but admitting means losing
In this thing you called war but still for me it’s nothing
Egoistic only rules
To people that I called fools

And they’ll suffer the consequences

And they’ll suffer!


Pada mula Jalil berada di dalam circle of friends, tidak dinafikan yang dia adalah seorang yang sangat cool. Tapi setelah beberapa bulan (mungkin setahun) bersama, Jalil mula menampakkan perangainya yang biadap dengan kawan-kawan. Perubahan yang drastik bila Jalil mula bercakap tentang sesuatu yang kasar dan sangat menyakitkan hati kawan-kawan, yang nyata tidak ada sebarang masalah langsung dengannya. Dia berlagak seolah-olah he knows it all dan aku beh kali... bila kawan-kawan lain bercakap tentang muzik atau band terbaru... Band yang diminati oleh orang lain semuanya tak cool, dia saja tahu tentang bands yang cool.

Perubahan sikap Jalil ini sudah menimbulkan kemarahan dan kebencian ramai pihak. Aku still stay calm dengan dia dan ada juga sound tepi dan nasihat tapi seperti tak diendahkan. Aku sabar sebab aku tahu masih ada coolness+goodness dalam diri dia. Ada satu insiden di mana kakaknya nak sponsor buat lesen memandu tapi dia bagitahu aku dengan nada bongkak... "Tak thrill la bawak kereta kalau ada lesen..." So aku pun dah mula nampak kecibaian dalam tuturkata dia dan aku pun dah mula menyampah. Ada jugak satu time tu dia call one girl yang kawan aku minat. Memang la kawan aku ni sayur tapi aku rase Jalil tak patut la share dengan girl tu tentang kesayuran kawan aku tu. Ni kira main kotor la ni... Cheh!

Beberapa siri kebodohan dan kecibaian telah berlaku di rumah Lebai tapi cerita ni perlu dipendekkan untuk siaran iklan. Tetapi salah satu insiden yang aku tak boleh terima bila dia bergaduh dengan sorang driver lori yang melanggar kereta kakaknya. Dia dah la takde lesen kalau buat report polis ke apa dah tentu dia pon kantoi. So aku cakap dengan dia kalau nak mintak gantirugi, cakap la baik-baik dengan driver lori tu. Tapi dia langsung tak peduli dengan nasihat aku dan terus ke kilang driver lori tu bekerja, confronted the driver dengan pisau potong sayur yang diambil dari rumah Lebai... Apa punye bangang la??? Memang kena ligan la dengan The Truckers & Co. (bagi bunyik best sikit). Nasib baik tak kena tibai! Bila balik ke rumah Lebai, dia dengan angkuh dan konon ganas gila, mengamuk dan menyatakan rasa tak puas hati dan cuba menyusun strategi untuk counter attack geng abang lori. Aduh la.. Aku dah tak boleh terima benda-benda mengarut ni, aku ambik keputusan untuk tidak lagi berkawan dengan dia selepas pada insiden tersebut. I can tolerate with people's bullshit, but this one... just went beyond the line...


Jealousy which brings you nowhere
With your coldest stare
Your wicked soul urged to mislead
Sewing those evil seeds
Friends turned foes, love became hatred
You tried to be un-you though I know how much you hate it
Rebelling without a cause
It’s like boozing without a pause

And you’ll suffer the consequences


Tak lama selepas tu aku ambik keputusan bekerja di Kuala Lumpur. Lebih kurang setahun lebih aku di Kuala Lumpur, aku balik ke Kuantan dan tengok ada perubahan dari kawan-kawan aku. Aku tak tau sebab apa tapi macam ada satu cerita yang aku ni dah tak respect lagi geng Kuantan dan macam-macam lagi. Aku tahu ni semua angkara Jalil sebab setelah aku tak lagi berkawan dengan dia, rata-rata ramai geng di Kuantan juga tidak berkawan dengan dia. Ini membuatkan dia agak berdendam dengan aku kerana sangkanya aku yang menghasut geng di Kuantan supaya memulaukan dia. Itu la, bila dah bengang tu cepat betul dia buruk sangka dengan aku. Tapi yang aku agak ralat ialah benda ni telah mempengaruhi sedikit sebanyak perpecahan DEP di awal 97. Gila ramai orang tak suka aku. Tapi aku macam biasa cool je (walaupun dalam hati sedih sebenarnye) dan bagitahu kepada kawan-kawan yang masih percaya pada aku yang the truth shall prevail.

Dalam beberapa bulan jugak (atau mungkin setahun) aku nak bersihkan tohmahan yang menimpa diri ini (gila - macam lirik Endang S Taurina). And yes. The truth prevails. Selepas pada itu geng di Kuantan sedar apa yang sebenarnya berlaku dan siapa sebenarnya the real asshole. Hmmm...memang ada sedikit berbaur jalan cerita Hindustan tapi itu semua memang tak dapat dielakkan.

Aku dah tak jumpa lagi Jalil hingga ke saat ini. Aku pun dah tak pikirkan tentang dia. Cuma kekadang aku teringat kebaikan dia masa aku mula-mula jumpa dia. I missed that cool guy. Seriously! Aku rasa cara untuk kita mendapat perhatian dengan kawan-kawan bukanlah dengan cara mendominasi dengan bercakap kasar dan berlagak. Pada pendapat aku, kalau kita jujur dengan kawan-kawan dan bercakap dengan baik pun sudah memadai. Aku juga percaya kita kena celebrate kawan-kawan dengan cara yang kita rasa sesuai. Buat makan ke, pegi outing sekali ke, dan apa-apa la. But if you think that friends are not important, then I rest my case. I hope you find happiness in solitude.(Shhhh...I've been there and it SUCKS!)

Kepada kawan-kawan aku... remember... Buddies For Life!

You told me nobody could bring you down
But I can see your pain through your reflection


Dipetik dari lagu Suffer The Consequences.


-acai-

Tuesday, November 11, 2008

Jika Panther ambik keputusan untuk keluar DEP, kita tau apa sebabnya...




Stail senyak-senyak la Panther... ;P

-acai-

Friday, November 7, 2008

Temubual Ekslusif tak Ekslusif

Baca di sini.

Thanks Zuhree.

Tuesday, November 4, 2008

Tuesday, October 28, 2008

Updates - Can You Hear The Ocean?



Hari Ahad lepas, setelah bersusah payah menyusun rancangan yang sangat last minute, DEP berjaya juga practise untuk satu sesi. Semua ada kecuali Tojeng yang 'comel' *ehem* (sila rujuk gambar di atas). Practise kat studio Burger. Gile makin besar Burger. Antara kawan-kawan lain yang turut serta - Atie, Azwan (abang Burger), Arif Smith dan Meny. Ade jugak sorang dua yang lain tapi aku tak tau nama.

Practise berjalan dengan baik (walaupun gitar yang aku pakai tersangatlah heavy sound-nya) dan diharap kalau semuanya berjalan lancar, proses merakam dua lagu baru tu akan berlaku tidak lama lagi. Aku pun ade tinggalkan beberapa helai baju DEP dan kepada set Kuantan yang berminat, sila hubungi Burger di 017 974 9972.

Studio Burger juga nampaknya hari tu ade menawarkan khidmat rakaman tapi masih di tahap eksperimentasi rasanye. Dalam studio ade katil, selimut dan bantal jadi kalau rase mengantuk boleh tidur dulu sebelum jam. Hiasan di dinding studio penuh dengan poster dan gambar Burger bersama kekasih-kekasihnya (hehehe), di dalam mahupun di luar negara... Gila show off!

OK. Tshirt DEP ade lebih kurang 9 helai lagi dengan aku. Kalau berminat sila email untuk size yang diingini.

-acai-

Wednesday, October 22, 2008

Updates - Malah Nok Tulih Wang!...

1) Tojeng dah beli gitar dari sumber yang sangat memuaskan. Harganya juga sangat berpatutan. Yamaha AES500. Tapi body dia colour hitam. Tak percaya kalau kata beli second-hand. The condition is totally superb. Gitar ni akan jadi rare sebab no longer in production. So Tojeng, toksoh gata jubor nak jual. Koya!

2) T-shirt DEP akan siap tak lama lagi dengan colour baju yang lebih berwarna-warni. Untuk design lihat di sini. Tiada perubahan dari segi colour design. Colour baju yang ditawarkan - merah, biru gelap, hitam dan mungkin hijau gelap. Kalau dah siap keseluruhan kami akan post gambar sebagai bahan bukti. Size ditawarkan - S, M , L dan XL.

3) Plan untuk recording telah dilancarkan tapi bukan untuk album ke apa. Cuma 2 lagu yang dipilih untuk record. Kitorang nak record rilek-rilek je. No pressure to do things. Tak nak terkocoh-kocoh. Tempat dan masa belum ditentukan. Nanti update lagi.

4) Kepada sesiapa yang berkenaan. Jangan lupa perjanjian syaitan kita untuk ke Bagan Lalang. Perlu seseorang untuk mengusulkan tarikh perjumpaan. Boh Mang?


-acai-

Thursday, October 9, 2008

Satria Bergitar – A Tribute to Rhoma Irama

Tojeng nak beli gitar karan. Ade sesiapa yang nak menjual gitar karan mereka dengan harga yang berpatutan sila tinggalkan email atau contact number di ruangan komen. Kalau taknak ianya disiarkan di ruangan komen, terus email kepada dullentertainmentprogramme@gmail.com

Gitar karan sahaja. Serious seller. Kalau boleh sertakan gambar gitar untuk diperlihatkan adalah lebih baik.

Thanks.

-acai-

Monday, October 6, 2008

Post-Raya Post

-Lebai Syabil Samping Londeh memberikan pose istimewa untuk para peminat-



Sorry geng.

Aku balik Kuantan tapi aku tak dapat nak jumpa all the gang. Ini disebabkan kesibukan melayan saudara mara yang bertandang. Aku cuma sempat ke rumah Asma sebab tu pun rumah dia dekat dengan rumah aku. Isha's pasta la vista memang superb! Petang raya ketiga aku ke rumah Arif Ramly (sebab rumah Arif pun dekat) belasah nasi dagang. Power!

Remy, Abang Long Nazir dan Epit datang rumah aku malam raya pertama. Sebab sedara aku ramai kat rumah, aku deport diorang kat rumah Asma dan balik semula ke rumah aku untuk layan sedara aku. Bila sedara aku dah blah dan aku pegi balik ke rumah Asma, diorang semua dah blah. Yang tinggal cuma Pok Sang, Pok Mang dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama. Aduh! Tak sempat langsung nak catching up. Layan tengok RHCP live kat Slane Castle. Macam biasa Asma koya Chad Smith. Nasib baik Sahar takde. Kalau ade mesti dah koya Frusciante.

Sahar dan Senah datang rumah aku raya keempat.

Untuk Che Li, Mat Duan, Kerry King, Shahril Petir, Panther, Ya, Fikri, The Jalil's, Syed Azwan and other ol' buddies, aku mintak maaf sebab tak dapat langsung nak jumpe. Rasenye kena ambik cuti extra nanti.

25/10 ni aku balik lagi sebab sepupu aku kahwin di Pekan. Taknak janji ape-ape sebab nanti tak tertunai. Siapa yang dah order baju dengan aku, aku akan bawak balik time tu. Untuk sesiapa yang berminat, sila buat tempahan sebelum atau pada 17/10. Order selepas pada tarikh tu akan dilayan seperti order biasa dan postage akan dikenakan. Untuk lebih info tentang harga dan design t-shirt, sila ke sini.

Innerview #1 dan #2 pun ade lagi. Aku akan bawak balik jugak tapi mungkin tak banyak. CD DEP boleh dapatkan dari Panther, Ya, Ude ataupun Blast Studio (kat terminal).

Belilah barangan buatan Malaysia. Itu je la.


-acai-

Tuesday, September 23, 2008

Puasa ok? :)



Apa kabo orang Kontan?

OK biennially, aku akan balik ke Kuantan untuk berhari raya bersama emak aku and the other Magnificent 6. Campur aku jadi Magnificent 7 la(cekap betul Allahyarham bapak aku buat family planning). Kalau nak buat team bola 7 sebelah pun boleh. Cuma yang pastinya, aku ni kaki bangku.

So tahun ni aku akan beraya di Kuantan...

Terimbau kenangan masa aku bujang dan separa hardcore dulu. Sekitar tahun 1996-2000, masa rambut aku ala-ala Marty Friedman. Aku cukup malas nak balik kampung sebab taknak bersesak-sesak dengan orang ramai. Aku cukup tak suka beratur panjang-panjang cuma nak dapatkan tiket bas dan menghabiskan masa di Puduraya sebab pada aku itu semua adalah kerja yang membuang masa dan tenaga.

Jadi keputusan yang mudah adalah untuk tidak balik beraya. Aku cuma akan balik ke kampung seminggu lepas hari raya sebab time tu semua orang dah tak kecoh nak balik kampung. Aku rasa tindakan aku ni sangat bijak dan... cool! Itu yang aku rasa...

Sampai pada satu tahun tu bila aku balik seminggu lepas raya, tak ingat pulak tahun bila. Masa tu rumah aku kat Taman Guru. Time aku balik aku nampak Tok belah mak aku dengan Allahyarham ayah aku tengah lepak kat ruang tamu.

Aku dengan ceria menyapa diorang, tok aku macam biasa tapi bapak aku macam lain sikit. Aku pelik jugak sebab biasanya kalau dia jumpa aku, dia happy. Ni macam ada yang tak kena. Tapi aku sebagai seorang budak separa hardcore berjiwa rebel without a cause, terasa malas nak bertanya dan terus ke dapur tanya mak aku ada apa makanan. Mak aku macam biasa hidangkan mende makan sambil berleter bila nak potong rambut la, apasal kurus sangat, cuti berapa lama dan macam-macam lagi. Aku jawab yang mana sempat dan tanya sikit sebanyak pasal abang dan adik-adik aku.

Adik beradik aku merata-rata. Abang aku kerja di Johor. Dua adik selepas aku kerja kat Kuantan tapi duduk sendiri kat tempat lain(kadang-kadang je balik). Adik pompuan aku belajar kat KL. Cuma yang second last dengan yang last je tinggal ngan mak bapak aku. Itu pun yang second last cukup susah nak lekat kat rumah, asyik main bola je keje dia. Jock!

Lepas makan aku lepak ngan tok aku kejap borak lebih kurang. Bapak aku tengah jalan ke hulu ke hilir menyapu habuk yang ade kat ruang tamu. Muka masih muka boring. Aku pun tanya la.

Aku: Kenapa Pa? Ada problem ke?
Papa: Kenapa baru balik? Tak dapat cuti raya ke?
Aku: Dapat. Tapi kite malas nak balik time raya ari tu. Susah la. Dengan orang punye la ramai kat Puduraya...

Aku rasa nak mengenengahkan hujah lagi tapi bapak aku sudah buat muka kecewa. Aku pun confused. Slow-slow die gi ambik rokok salem dia, pasang dan dengan suara ala-ala Morgan Freeman, dia bagitau aku.

Papa: You cannot be selfish. You have a family. Ada adik-beradik, mak bapak semua. Papa tak kisah kalau awak tak balik lama pun sebab urusan-urusan awak. Tapi bila time raya, awak balik la. Sebab time tu je papa dengan mama boleh jumpa awak adik beradik serentak...Is that too much to ask?

Slow je die cakap sambil hembus asap rokok beserta dengusan dari hidungnya. Time tu memang aku tak boleh nak cakap apa sebab apa yang dia cakap tu betul. Dia memang tak kisah dengan lifestyle aku yang tidak begitu berminat dengan sambutan hari raya yang telah dikomersialkan. Tapi part aku tak balik join the rest of the Magnificent 7 tu yang buat dia terkilan. Memang salah aku.

Aku tak tau pasal siblings orang lain. Tapi aku punya memang macam kopi tu la. Betul-betul kaw! Boleh cerita pasal muzik, bands, movie, skateboard, guitar dan bola(yang biasanye akan diakhiri dengan kutukan sebab aku kaki bangku). So we all are very close. Jadi cakap bapak aku tu betul sebab kalau aku yang selalu buat tak kisah, eventually adik beradik aku yang lain pun akan tak kisah nak balik time raya especially adik-adik lelaki aku yang dah berjinak-jinak menjadi separa hardcore atau mungkin lebih hardore dari aku.

Lepas pada tahun tu... Aku dah tak miss balik Kuantan time raya. Cuma sekarang bila aku dah ade family of my own, Kuantan will only see this homeboy 2 tahun sekali untuk raya. Bapak aku meninggal 23 Dec 2002, kurang 3 bulan sebelum aku kahwin. So nak masuk 6 tahun bapak aku kembali ke Rahmatullah. Adik-beradik aku masih rapat macam dulu jugak. Bergurau senda dan bergelak ketawa sebab aku masih lagi kaki bangku. Tapi aku tak kisah. Yang pentingnya we love one another's company.

If you're just like me then who loathe hari raya because of all the small things, that's just not worth it. Cherish your family while you still have the opportunity.

There's no place like home...(so wheeeeeere am I?)

Selamat Hari Raya...


-acai-

Tuesday, August 26, 2008

Action Reaction - It's all about passion...





Aku tak tau pasal orang lain, tapi aku seronok gila. Crew FNBKL memang pergi mana pun boleh buat tempat tu jadi happening. Kecoh gila especially si Thilaga... suka benor menjerit.

Persembahan malam tu oleh (kalau salah tolong betulkan)

1) Gang busker Bukit Bintang dengan gendangan, kerincing dan digeridoo-nya.

2) Gangan Ensemble - electronically experimental.

3) Reflex Reaction - vocally experimental. Sparred with saxophone.

4) The Garrison - reggae! tapi ada sedikit unsur pop + folk jugak la... time ni everyone gets in the groove.

5) DEP - hmmm.. pop sadis meruntun jiwa... Bem tak boleh datang sebab ada shooting kat UiTM. Diganti oleh Avroco di bahagian kerincing. Boleh tahan jugak Avroco...

6) Wolf - planned as solo act at first, but was accompanied by the 'Dragon' Aziz on trumpet during the performance. Excellent combination. Love that 'do the locomotion' part on the first song.

7) Performance yang last ni aku tak sure siapa. (Sorry. Siapa-siapa boleh tolong?) Aku nampak ada Avroco dan gang Bad Voice on guitar. Vocalist dia ada sikit gaya persembahan macam Henry Rollins, even tengah nyanyi lagu I Will Fondle...oops! Follow You.

8) Aziz - dengan persembahan kemam kerosene dan meniup api. Gila Dragon!... Banyak kali Aziz buat, siapa tak tengok memang rugi (sila rujuk gambar di atas). Kalau pergi Genting tengok tu mau dah melayang 50 ringgit. "Aziz, 31/08 ni buat kat Annexe pulak.OK?" Serious! Lagi gempak dari pertunjukan bunga api.

Lepas tu, kitorang pergi makan kat UpTown. Disajikan dengan lala dan steak yang hebat, tajaan "Boh Mang Catering".


Nota :
1) Thanks heaps to FNBKL crew, Poodien, Thilaga, Farhana, Shahril dan gang lain(aku kenal muka, tak tahu nama), for the invitation.
2) For more info and activities about Food Not Bombs KL, go here.


-acai-

Thursday, August 21, 2008

Monday, August 11, 2008

Koktel Molotov tidak sesuai dihidangkan di majlis perkahwinan...


Peristiwa pada 9 Ogos 2008.

1. Di atas sikap sesetengah kawan aku yang tak begitu internet savvy(saje je bakor! ;P), terpaksalah aku dan bini tersayang mengharungi kesibukan kota metropolitan yang senantiasa berjerebu untuk bertemu mereka bagi sesi temubual yang akan dimuatkan dalam Innerview #2. Temubual yang dimaksudkan adalah bersama Molotov. Sebuah band yang tidak kurang hebatnya dari Kuantan yang masih bertahan dari 1998 hingga ke hari ini. Mereka telah melibatkan diri untuk satu persembahan di MCPA pada hari tu dan aku dah set appointment untuk bertemubual selepas show mereka.

Seperti dijanjikan temubual diadakan di sebuah kedai mamak yang pertama di luar pagar MCPA. Berbekalkan teh tarik yang sangat cair dan boleh nampak Segamat (bak kata si Fikri yang hensem) kami bertemubual secara santai. Diorang memang tak boleh nak di-interview sebab tak serius langsung! Asek buat klakar je. Lagi-lagi si Mamat... muka serius tapi buat klakar. Hish geram betol aku!

Antara soalan yang dikemukakan ialah... OK, sila baca Innerview #2 bila sudah terbit ya!

Selepas sesi interview, sesi ukor gambor (bak kate orang pantai timor) pulak berjalan. Meny dengan sapu tangan menutup hidung dan mulut - ala-ala koboi nak merompak bank lagaknya.

Setelah selesai Molotov, the whole gang photo la pulak, dengan berbagai pose yang anda boleh lihat sendiri.

Sedikit berkenaan Molotov, dianggotai oleh 4 individu yang tak kurang kacaknya (hanya bila memakai busana hari raya), yang juga pernah menganggotai band-band di Kuantan seperti Secret Army, Enslaved Chaos, Hustler Honey dan Mixblood. Band yang jujur dan percaya dengan muzik yang mereka mainkan. Walaupun ada yang chop mereka sebagai rock-kapak sekalipun, langsung tak dipedulikan. Syabas! Molotov memang band bising yang tegar.

Mahukan cerita yang lebih 'panas' tentang Molotov? Sila tunggu Innerview #2. Terima kasih.

2. Ada seorang penyokong kuat DEP telah melangsungkan perkahwinan di rumahnya di Transit Quarters, Kuantan. Saya bagi pihak DEP yang tak dapat hadir untuk merasmikan..sorry... memeriahkan majlis yang gilang-gemilang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Semoga bahagia berkekalan dan perkahwinan ini bukan secara 'kebetulan'. Dengan ini saya dengan rasa penuh sukacitanya ingin mendendangkan sebuah lagu dengan key A minor ditujukan khas kepada kedua mempelai. Perdengarkan...

Kita semua sepakat

Di kampung hai Pening Lalat

Mengucapkan Selamat... Pengantin Baru...

Sekian. Terima Kasih.

Nota:

1) Gembira sebab bertemu kembali geng lama dari Temerloh, Edi dan Karl. Terima kasih sebab beli CD koi. Steady la ghodong!
2)Juga kepada Zul Lanchang@ Zul Pok Teh, ucapan Selamat Pengantin Baru juga pada 23hb Ogos 2008 ni. Semoga bahagia ke anak cucu. Koi tok boleh gi sebab ade show malam tu. Gambir Sarawak mintak dengan Ya, ok.
3) Kalau ada geng-geng yang lain yang akan berumahtangga tak lama lagi, lagu yang sama di atas ditujukan menggunakan key-key lain yang dirasakan bersesuaian dengan suasana. Terima kasih.

-acai-

Thursday, August 7, 2008

CERITA DALAM LAGU…(ala-ala rancangan RTM dengan montaj yang low-tech)

People are moving but you still there
Don’t know what to do
Inject that macho thing into your self
Makes you look like a fool
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you

It still rules you!


Ok ada satu geng kat Kuantan dulu (94-95) yang sungguh punk tak ingat. Sebab mereka pakai Doc Martens, berjaket kulit (mungkin PVC sebab mereka punk yang tulen) hitam, bert-shirt Anti Nowhere League, mengenakan rambut ala Mohawk dan merasakan yang mereka punk yang melampaui batasan punk yang sebenarnya, sangat tidak puas hati dengan geng aku. Aku pun tak tahu kenapa.

Jika diorang jumpa geng aku yang sedang seronok bermain skateboard di belakang Kompleks Mara atau sedang melepak di Kompleks Teruntum sementara menunggu masa untuk jam di studio Lau, mereka akan menghampiri kami dengan pandangan yang sangat punk dengan mulut yang sedikit terjuih (mungkin terpengaruh dengan pose Sid Vicious) dan adakalanya memberi soalan-soalan kuiz berbentuk pengetahuan am punk kepada kawan-kawan aku yang boleh dijadikan mangsa mereka.

Ada sekali kawan aku, seorang yang agak bising mulutnye(haaa…cube teka siapa?) memakai baju Samhain… So ketua kumpulan punk yang merasakan dia ade memegang PHD dalam jurusan Pengetahuan Am Punk dan Sejarah Punk Global, mengajukan soalan kepadanya… “Haaaa ni lagi dahsyat, siap pakai baju Samhain. Kau tau tak apa Samhain ni?” Kawan aku yang biasanya bising tu, tersengih-sengih tak menjawab.

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Aku tahu yang kawan bising aku pun tahu apa nak jawab, tapi we just sat there silently sebab kalau dapat jawab pun bukan dapat markah dan membuatkan mereka berpuas hati lantas mengambil kami untuk join geng punk dia. Dia pun dengan muka kerek bagitau aku… “Korang ni.. pakai t-shirt je tau!”… Lepas tu dia mulalah bersyarah (dia kan ade PHD punk)… pasal apa itu..pasal apa ni.. sampai masuk cerita lagu Zombies, Cranberries tu la.. bla, bla, bla…

Tapi nasib baik tak lama, lepas tu setelah korum mereka cukup, mereka perlu blah ke tempat lain untuk memperagakan Mohawk mereka. Jika lambat nanti kepala berpeluh dan akan melembikkan pangkal rambut dan menyebabkan Mohawk terlentok dan akan kelihatan mirip balung ayam. Tak punk la kan? So there they went…

Beberapa bulan selepas tu, terdengar desas-desus ketua punk berPHD ditangkap polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan yang berakhir dengan siri tikam-menikam dan membabitkan kecederaan yang serius. Wow! Bukan sahaja bijak bercakap tapi terrer jugak bermain senjata. Serba boleh. Dengarnya dia dimasukkan ke dalam lokap dan kemudian dibebaskan… Pada masa yang sama para remaja sedang sibuk dengan kemunculan cerita Romper Stomper… Ye… Ada sesiapa yang boleh meneka sambungan cerita ni??

Spreading lies to all those kids
For your own priority
Misguiding them into your tribe
That is how it’s got to be
You know everything that’s what you think
But stupidity still rules you
It still rules you!


Ya… aku langsung tak terkejut… But I find it rather hilarious then(even now). Ketua punk berPHD tidak lagi mempunyai Mohawk yang sangat dibanggakannya… Kini kepalanya sudah ditarah. Nipis hampir botak. Memakai bomber jacket dan Underground boots. Suspenders yang tidak disangkutkan ke bahu tapi dibiarkan bergayutan di sisi (What’s the point of wearing suspenders in the first place??). Ketika ternampak dia dan geng-gengnya (yang juga telah bertukar mahzab), dia tidak lagi menjuihkan mulut ala Sid Vicious. Well, that’s soooooo….yesterday! Kini lebih kepada renungan yang tajam dan riak muka yang “Know it all!”. Aggro and proud!

Ada beberapa insiden yang melibatkan mereka mengherdik dan mencari pasal untuk bergaduh dengan geng aku yang sedang bermain skateboard. Aku tak tau kenapa. Aggro and proud? Mungkin. Tapi tak mengapa sebab geng aku semua peacepunk. Kami tak percaya pada fist fight! Fist fuck? Itu kena cerita dalam blog yang lain.

So ada di antara geng aku yang pernah jadi mangsa belasahan mereka tanpa sebab. Geng aku juga ada menonton Romper Stomper tapi kami tidak pulak menjadi skinheads dan bertindak ganas dengan bersusah payah mencari sebab untuk terlibat dalam pergaduhan. Tak paham. Mungkin aku dan kawan-kawan lain tak paham dengan mesej dari cerita tersebut. Ahh… cerita sebegitu sangat complicated. Cerita Labu Dan Labi lebih mudah.

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Sekarang dah tahun 2008, August. Tak lama lagi nak masuk 2009. Aku tak dengar cerita lagi pasal Ketua punk @ skinheads berPHD. Jadi indie ke ape sekarang ni… tak tau la aku. Tak payah nak pikir. Not important at all.

Walaubagaimanapun, attitude ketua punk berPHD, ada dimana-mana. Sekarang ni pun aku masih merasa tempias-tempias syarahan yang ala-ala self-righteous, know it all, I’m holier than thou kinda shit, bila aku menjengah beberapa website untuk mengikuti perkembangan tentang muzik berdikari ini amnya. Kebanyakannya cuba untuk menjadi ‘The’ punk scholar dengan membawa hujah-hujah dari mahzab-mahzab punk sekolah mereka.

Apa tujuannya? Cuma mereka-mereka yang terlibat dalam kancah fahaman punk tulen sahaja bisa mengerti. Memang betul ada yang berpendapat yang punk is not about unity, it’s about conflict. Tapi aku juga percaya yang punk bukan bertujuan untuk mencari conflict and complicate things…

Kepada Ketua punk @ skinheads berPHD Kuantan, semoga tidak lagi terjebak dengan mana-mana krisis identiti yang parah hendaknya…

You just love to criticize
But where’s your contribution?
Violent flame is in your eyes
And there’s no solution


Nota : Lagu dipetik dari Stupidity Rules!(You).


-acai-

Monday, August 4, 2008

MASKARA X – Sharing the experience...


Took off from Tojeng’s place roughly at 8pm after a brief jam session. Still unsure of the location besides the map provided by Zaidi Othman, I rang Pipi to get some directions. After rounding the area for 3 times, we managed to arrive right on schedule. It’s kinda tricky to get there since the lamp post near the turn was out due to road construction hence the reason of missing that one right turn.

When we arrived, there are already many people there. We were greeted by the man, Sinaganaga and few others who are in charge of the show including the MC, Mat Jan. Lest I forget, Pipi was not present since he had to go back to his hometown for some urgent matters. Let’s hope it’s not about durian eating fest. Hehehe.

After a brief discussion on the itinerary of the show with Mat Jan, we prepared our instruments and headed straight to the floor, as we will be the first performer for the night. It was a great place for an acoustic set, accompanied by an excellent PA system and sufficient microphones plus guitar pick-ups. And yes, great lighting too. All these made me a little nervous when one is not used to be right under the spotlight. Hehehe.

As agreed, we played 3 songs for the first set and another 3 later after the interval. Songs played during the first set were – Sweet Lullaby, This One’s Forever and Take The Skinheads Bowling (cover from Camper Van Beethoven). A little shaky during Sweet Lullaby and skipped the 3rd verse of Take The Skinheads Bowling cuz I just couldn’t remember the lyrics. Luckily, the crowd enjoyed it and looking forward for the next set. Phew!

The show continues with performances by: (might not be in correct order)

1) Ajami & Reez – With their rendition of mtv unplugged. Poem read by Ajami, accompanied by an acoustic guitar by Reez. It was a heartfelt declamation by Ajami. Right after that, Reez played his original before they ended their set.

2) Azree Ariffin – Sharing his winning ‘pantun’ (published in Mingguan Malaysia) and ‘syair’ with the audience. Sweet and simple!

3) Alfie & Jonos – Reading poem in duet. First time I encountered such disposition. But the result was hilarious. This is due to the content and the dead pan performances by the two. The second poem has the longest title ever. (Can anybody tell me what’s the title again?) Kudos to Azam Supardi for the poems and Alfie & Jonos for the executions.

4) Dewangga Sakti – Played 3 songs during the first set and I think one of them was – an unrecorded material (forgot the title), followed by Belayar ke Pulau Jauh and a song from the famous black and white movie – Bawang Putih, Bawang Merah. Their performance was really engaging and I’m so impressed with their vision in making their own brand of music with all these traditional instruments.

5) Interval for some refreshments. Food such as fried ‘mee-hoon’, curry puffs and some other kuih were served. But the samosa is totally wicked! I had two. Sorry…hehehe.

6) Republic Theater – I don’t think that they’re influenced by the Republic Of Brickfields or Dream Theater in anyway. This group that consists of 2 actresses and 1 songstress, were accompanied by the soundman on acoustic guitar. Message conveyed here about the conflicts of 2 individuals, one working in an environment which contradicted with her culture and belief. Mostly, felt out of place and her struggles to be true to herself. Another one with a dilemma of ‘family of doctors’. All she wanted is to follow her own direction and becoming a traditional dancer rather than a medical practitioner although she is certified to be one. During these 2 acts, the singer presented 2 songs and I can only recall the last one which was ‘Imagine’, a cover from John Lennon. Sweet.

7) ART – Female blogger wearing a hat. I just repeating what’s written on the flyer. She’s reading some writings from her blog site. Please correct me if I’m wrong.

8) Salman Sulaiman – Reading a passage of An-Nuh from the Holy Quran. A powerful declamation rendered.

9) DEP – Our second set. Less shaky. Another 3 songs. Started off with Soldered by Pain, Noir and ended our set with a cover from Motorpsycho, ‘Waiting For The One’. My guitar plucking on Noir was horrible. Urrgh!

10) Dewangga Sakti – Their second set as expected to be as energetic as the first if not better. They played 4 songs with mixtures of some instrumentals. I joined them on guitar for Rasa Sayang song but my chordings were all over the place. Fortunately, the guitar was unplugged. If it did, then it will definitely be an experimental song. Dig?

Dewangga Sakti ended their set on a high note. They brought the house down on our behalf..hehehe. A group that has established more that 8 years and been playing in countries like Japan and China (to name a few), was no doubt, a reflection of fine individuals who played their instruments with passion and strive to breathe new air of artistry. If you see their photo and you only have Ghazal in mind, kindly erase that as they have more than what Ghazal could offer…

From my honest point of view, the show was very well organised. Everything went smoothly and I trust that everybody had at least received a piece of entertainment that they expected. I’m actually very alien to this medium but it did opened my eyes that all genres of art need each other and such diversity will definitely give some impact for any show.

Our appreciation goes to Sindiket Soljah, Rumah Pena & co-sponsors (on the flyer), the artists/performers, the attendees, people who bought our stuff and of course, Pipi for extending the invitation. Looking forward for our next show there. Till we meet again…

Notes :
1) Bem (drummer) cannot be with us - busy with some shootings.
2) Panther (bassist) cannot be with us due to limited annual leaves.
3) Some names are not hyperlinked due to my laziness.
4) The samosa again, is truly wicked. Where to get them? Please share...


-acai-

Tuesday, July 22, 2008

Life goes on...

Date : 2 August 2008 (Saturday)
Time : 8.30 pm
Venue : Rumah PENA

Seorang kawan yang bernama Pipi (yang gebu) sebenarnya telah memanjangkan jemputan untuk DEP bermain pada malam itu. Aku pun tak berapa pasti tentang apakah aktiviti yang dijalankan oleh Sindiket Soljah (mesti sebut macam lagu Bob Marley, Buffalo Soldier...mesti!) ini, jadi aku pun tanya pada Pipi melalui e-mel dan dia menjawab...

"ok maskara ni nama penuh dia 'malam baca nashkah sindiket soljah dan kawan kawan yang kita suka'. Jadi dia jadi tak kisahlah apa apa show pun. setakat ni macam macam show dah yang pernah dibuat kat situ. band pun dah ada 2-3 pernah main. band post punk pun ada. tapi kebanyakannya baca sajak, puisi bergitar, pentomin, baca entri blog, komedi berdiri, silap mata, bersilat, screening, dan macam macam lagi. kalau ada sapa sapa yang bela anjing laut nak buat show pun boleh.

jadi maskara kat sini lebih kurang satu pentas untuk siapa siapa saja yang nak tunjukkan karya masing masing. tak kisah top ke, tak top ke, kerja jkr ke, kutu sepenuh masa ke. sebab tak banyak ruang macam ni ada kat malaysia ni. crowd pun takde laa ramai sangat. kadang-kadang 20, kadang kadang 90, kadang kadang, 50. biasa le.. jadi set dia rileks rileks je. lebih kurang perform untuk kawan kawan.

lepas tu siapa yang ada karya boleh jual di situ. contoh macam buku ke, t shirt ke, dan kalau kau ada cd dengan t shirt apa lagi? bawak mari le.aturcara dia biasanya bermula pukul 8.30 malam. lepas tu hah MC panggil le siapa siapa buat show. lepas tu rehat sekejap. kitaorang jamu makan makan sikit. lepas tu sambung balik show. ok? tak clear lu tanya lagi nanti. kalau rajin lu try usha facebook sindiket soljah."

Jadi kepada kawan-kawan semua. Semoga berjumpa pada malam Sabtu, 2 Ogos 08. Seperti biasa..."Kami akan membawa rumah itu turun!"...

Friday, July 18, 2008

"Absurdity roaming so free..."

1) Di atas kegagalan aku untuk mendapatkan informasi tentang di mana jenazah Allahyarham Lan berada secara tepat, aku bertekad untuk terus ke Kemaman untuk menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan.

Setelah bersiap sekeluarga, aku redah kesibukan Jalan Ampang sekitar jam 7pm. Seakan Tuhan merestui perjalanan kami, kesibukan pada hari itu sangat terkawal di mana dari Jalan Ampang ke exit UIA/Kuantan melalui MRR2 Cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Dari tol Gombak ke tol Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Only 3 hours but it felt like forever to reach Kuantan. Aku cuba nak speeding tapi Atie pesan untuk tidak terlalu gopoh.

2) Kami selamat sampai di rumah mak aku di Kuantan lebih kurang jam 10.40pm. Tengah bawak masuk anak-anak tidur dan punggah barang-barang keluar dari kereta, Asma pun sampai. Catching up lebih kurang dan berkongsi perasaan tentang berita yang mengejutkan ni. Sungguh tak disangka sesuatu yang begitu dahsyat boleh menimpa seseorang kawan yang begitu baik. Tak dapat nak meneruskan lagi perjalanan sebab menunggu kepulangan Ude (adik aku) yang ingin turut serta.

Lebih kurang 5 minit kemudian. Ude pun sampai dan kami terus bergegas ke Kemaman. Kereta Ude yang kami naiki dipandu oleh Asma. Dalam perjalanan aku sekali sekala mengutarakan rasa terkejut dan tak percaya aku. Aku rasakan yang bila sampai ke Kemaman nanti aku akan jumpa Lan dan dia akan kata “Aku ok.” Macam yang selalu dia bagitahu bila aku bertanyakan khabar padanya.

3) Agak keliru dengan arah ke rumah yang nak dituju akhir sekali kami mendapat petunjuk dari Yus(vox/gitar) of Kuchalana menerusi panggilan telefon bimbit. Perjalanan dari Indera Mahkota 15, Kuantan ke Kemaman mengambil masa kurang dari 40 minit. Ketibaan kami telah dinantikan oleh Yus dan Ayi bersama beberapa teman terdekat. Pada masa yang sama Nazri Chik dan dua rakan lagi telah tiba dari Penarik. Kami bersalaman dan jelas tidak terpancar sebarang keseronokan langsung dalam pertemuan ini walaupun ada di antara kami yang sudah lama tak bertemu.

Jenazah katanya bertolak dari HKL lebih kurang jam 9pm tadi. Jadi kami berkeputusan untuk menunggu di satu warung makanan berdekatan di mana si Akim sudah pun berada di sana. Sesampai di meja aku bersalaman dengan Akim yang kelihatan begitu lesu dan sugul. Kelesuan mungkin disebabkan oleh kehadirannya di HKL sejak dari jam 6am lagi dan sekarang sudah hampir jam 12am, tanpa rehat.

4) Sambil menunggu jenazah yang kemungkinan tiba jam 2am, kami minum dan mengisi perut. Aku tak begitu selera untuk makan. Cuma banyak menghisap rokok. Sambil itu diselang selikan dengan cerita bagaimana Allahyarham telah menjadi mangsa dalam tragedi berdarah ini. Semua berkongsi perasaan marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Aku sesekali termenung sejenak sambil menghembuskan asap rokok perlahan-lahan. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana Allahyarham telah melawan untuk terus hidup. Bangsat-bangsat yang cuba membunuhnya sememangnya pengecut sebab bertindak sedemikian. Dia adalah seorang yang tinggi dan sasa. Tak mungkin 2 orang punya kerja boleh menumpaskan dia. Paling kurang…mesti 6 orang.

Dan aku tak boleh bayangkan juga betapa Allahyarham telah meninggalkan kita dalam keadaan yang sangat seksa. Ini semua daripada cerita tentang fizikalnya ketika di ICU oleh Akim. Gila kejam!
Aku tak boleh dan tidak akan bercerita tentang bagaimana semua ini boleh terjadi, sekalipun aku telah mendapat cerita yang lengkap dan betul, first hand. Cuma aku nak bagitahu kat sini… Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang berhak untuk ambik nyawa orang lain.

5) Jam hampir pukul 2am, kami berjalan menuju ke arah rumah Allahyarham. Kelihatan ramai saudara mara, jiran tetangga dan kawan terdekat sudah berkumpul di perkarangan rumah. Setelah bersalaman dengan warga yang ada, kebanyakan dari kami kemudiannya bersandar pada kereta-kereta yang diletakkan berdekatan kawasan rumah dan berbual sambil menghisap rokok. Kemurungan dan kesayuan jelas terpancar dari setiap raut wajah manusia di situ kecuali anak-anak kecil yang bergelak ketawa bermain-main di laman rumah tersebut. Masih terlalu awal untuk mereka belajar tentang realiti kehidupan.

Aku dalam dunia aku sendiri di mana masih dari tadi tak percaya yang dia telah pergi. Masih dalam hati aku berkata, “Kejap lagi Lan sampai. Mesti dia senyum dan kata, dia OK.” Pada masa yang sama, Atie jugak kerap menghantar mesej teks bertanyakan keadaan di sini. Aku membalas semana yang boleh. Jam menunjukkan 2.26am dan kedengaran hadirin bercakap-cakap mengatakan yang jenazah akan sampai sebentar lagi. Tak sampai dua minit kemudian jenazah pun tiba dan semua keluarga dan rakan terdekat bergegas untuk mengusung jenazah naik ke rumah. Aku rasa macam nak usung tapi rasa lutut lemah gila. Masih tak percaya.

6) Sewaktu jenazah diusung naik ke rumah, kelihatan Ayi (atau kawan-kawan rapat panggil Ayi Bulat) tak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata di sisi van. Dia adalah salah seorang teman yang rapat dengan Allahyarham. Semua orang termasuk Asma dan Ude bergegas naik untuk melihat jenazah sendiri tapi tak berkesempatan kerana orang yang mengerumuni terlalu ramai. Aku cuma dapat mendengar yang nenek Allahyarham memohon ampun dan maaf dan minta halalkan segala makan minum. Sungguh memilukan...

7) Ini hanya mengambil masa kurang dari 5 minit dan kemudian jenazah yang telah diperkemaskan terus dibawa semula menaiki van ke tanah perkuburan. Aku yang walaupun sebak mendengar kata-kata mohon maaf dari nenek Allahyarham, masih maintain cool. Kami mengikuti rombongan jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki kereta. Sesampai di tanah perkuburan, tanpa membuang masa jenazah di usung hingga ke liang lahad. Semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi bila jenazah mula dikambus aku dah tak dapat nak tahan sebak. Aku menangis tapi cuba tahan sebaik mungkin sebab salah satu adab menziarahi jenazah adalah tidak meratap hiba kerana ianya seolah menyalahkan takdir. Aku ambil keputusan berdiri beberapa langkah jauh dari kuburnya dan mengesat air mata. Akim aku lihat memang dah mengalir air mata sedari saat jenazah dimasukkan ke liang lahad. Atau mungkin lebih awal dari itu.

8) Setelah selesai talkin dibacakan dan hadirin mula bersurai, aku mengambil peluang bersalaman dengan ayah Allahyarham, mengucapkan takziah dan minta dia banyak bersabar. Ternyata pakcik Wan Muhammad tenang dan menjawab “ Ye la. Nak buat guane…” Memang tenang je dia jawab tapi betul-betul menikam sukma membuatkan aku rasa nak menangis sekali lagi. Aku minta diri darinya dan terus beredar untuk bertemu semula dengan Nazri Chik, Akim, Yus, Ayi dan rakan-rakan yang lain, bersalaman dan masing-masing meminta diri. Berharap semoga bertemu kembali di masa terdekat dengan cara Terengganu kita, “Semula!”…

Menaiki kereta semula dan sekali lagi tersesat untuk mencari jalan keluar ke jalan utama. Bukan masalah yang besar. Masalah yang besar dalam kepala aku sekarang ialah kehilangan seorang rakan yang diakui bukanlah kawan aku yang paling rapat, tapi seorang rakan yang kita mungkin telah lupakan kebaikannya semasa dia masih hidup and we took him for granted. How we wish that we could turn back time. Aku doakan semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan sentiasa dalam kedamaian.

Aku tak tahu sama ada aku boleh dengar lagu Kuchalana lagi tak lepas ni. But “Silent Stare”* keeps on playing in my head until this day… Mungkin Allahyarham Wan Hazlan Bin Wan Muhammad tujukan lagu tu untuk kawan-kawan buat masa ni…

Aku mungkin salah… tapi mungkin juga aku betul…

Kawan-kawan…dengarlah sendiri…



*Silent Stare adalah salah satu lagu yang terdapat dalam EP (2005) Kuchalana yang bertajuk "The Input For An Output". Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Wednesday, July 16, 2008

Kuchalana will never be the same... (Lan, you will be missed by many...)

*Lan - Ketiga dari kiri.




Time aku tulis ni... Dia dah kembali ke Rahmatullah dalam lebih kurang 25 minit tadi... Serious aku takde mood nak buat apa-apa...

Aku tak dapat cerita kat sini secara detail sebab-sebab kematian dia sebab aku pun tak dapat cerita yang lengkap... cuma yang aku tahu, ini semua adalah sebab kezaliman sesama manusia, kebongkakan orang-orang yang perasan bagus dan kuat... Machismo yang sememangnya cibai...

What gives you assholes the fucking right to do that? May Karma hit you back...Fucking HARD!

Pemergian Lan adalah satu kehilangan yang besar bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Aku akan selalu ingat dia sebagai seorang bassist yang bagus dan kawan yang 'cool & soft spoken' yang sentiasa tersenyum bila berjumpa.

Aku takde mood dah nak tulis... Aku sedih.

Lan, wherever you may be now... I hope you are in peace.

Always...




-acai-

Tuesday, July 8, 2008

We have been reviewed!

JUNK - issue 22, July 2008

Thursday, June 26, 2008

NOIR (tajuk setakat ni...)

Black cotton is cheap
Poor souls I could reap
Hear my mind, touch my feelings
I'm staring hopelessly at the ceiling

Medals made of honour
(But) Deeds had turned sour
Imagine... Death sentence
When no one care for your presence

**Tojeng solo ala-ala Frusciante sebelum 'rehab'**

She was anxious and bitter
That's all I could discover
Do I make you nervous?





THERE'S BEEN TOO MUCH HATRED...AMONG US!....

AMONG US... AMONG US... AMONG US...

Sunday, June 8, 2008

7th June 08..EVENT!...EVENT!...

Click to enlarge image.

Yes. 7th June 08 will always be remembered.

Let me share with you the details.

1) Kurasa Something @ Wondermilk.

Atie and me arrived there at about 6.30pm. John Hafiz and Fahmi(FSF) were there to welcome us. There were already some people there but none that I'm familiar with. After awhile Arif @ Robert Smith arrived with Bob (The Pilgrims). The show only started at about 6.45pm with the first band to take the spot, "Lords Sunny Day". They're playing some jazz-rock kinda tunes and believe that all were originals songs. Not bad. They only have a short set and played 3 songs.

After that we have Irman Hilmi, playing some tunes from his laptop. Songs played were Anyone Else But You(Moldy Peaches), Ten Storey Love Songs(The Stone Roses), Love Will Tear Us Apart(Joy Division) and some other ambience stuff which I don't know who. At the same time Atie sold quite a number of InnerView to the attendees. Not bad at all!

Roughly at 8pm, we have the Cover Ups consist of Bob, the other Bob (Arif Smith) and Fahmi strutting their stuff. They're like barely cooked, off timings and lyrics but still got a good respond from the crowd. They played songs like I Wanna Be Sedated (The Ramones), Runaway (Del Shannon) and Fight For Your Rights (ACAB) just to name a few. They also requested me to sing a song for them, I Who Have Nothing Too from DEP. For the sake of having some good laughs, why not, eh?

Immediately after the Cover Ups set ended, I briefly bid goodbye to the gang as I needed to rush to Pelita Hati. I missed the charity's auction and Deepset's set but I believe everything should be going on well. Cheers to the people who had been involved in organising such a cool event! I repeat... COOL event.

2) It's Just Another Job @ Pelita Hati Art Gallery

Arrived at about 8.30pm, luckily it was still in the midst of a speech given by a grey haired guy. I'm not sure who. Greeted by DEP's drummer BEM at the door, who had already arrived with his girlfriend. Took a peek inside and saw Awi (the artist) sitting in front listening to the speech. Waved at him to get his acknowledgement of my presence. He smiled back. So I went outside and mingled with the attendees. Familiar faces like Fathul, Avroco, Rahmat Haron, Melissa, Weng, Poodien, Ise and Ujang were there among others. Tojeng and Man Ganu arrived a little later. There were also some of Avroco's international friends, present. Did some catching ups and sold some CDs. Atie's InnerView again were sold like hot cakes. Wow!

At about 9.15pm, Avroco who was known as Avacado & The Bad Voices for the night, strutting his stuff with his originals that sounded like Bob Dylan minus the Trengganu accent. Spotting D and A chords on most of his songs, I'm struggling to hear what he was singing as the mic was not really helping in enhancing his vocals. And with Avroco's signature singing, I can only rely on my optical sense to appreciate his performance. He played quite a number of songs and got good respond from the crowd. Cheers!

As soon as Avroco got off the spot, DEP's name was announced and we immediately grabbed our instruments and get on with the first song, Noir (an unreleased material). And then moved on to Where I Belong, This One's Forever and lastly, a cover from Motorpsycho called Waiting For The One... Every song went smoothly minus the problem with the mics. There was also a side performance or some would call it a back up dancing while we're playing This One's Forever and Waiting For The One, courtesy of Avroco's international friend. What's his name by the way?It feels like Hiburan Minggu Ini bersama DEP kinda thing. Hahaha! Anyway thanks to that guy for supporting our act and thank god for not having a real gun. If not, we'd really have a real BLAST then.

Yeah. All and all, everything went smoothly. Only noticed that our old buddies like Ed and Jadam also present after we ended our set. After some photo sessions with Awi and thanked him for inviting us, we decided to go to Restoran Pelita Bangsar for supper and surprisingly got ourselves some football stickers from a promoter. Yes, what a way to end our lovely day. Free football stickers!

See ya!

-acai-

Important Note:
For art lovers/collectors, check out Awi's works that will be exhibited at Pelita Hati from 31st May till 18th June 08. They're simply brilliant! For more info go here.

Thursday, June 5, 2008

Grab This! Fast!

Baru sampai, new design. Price : RM22
Button badge tu RM2. But kalau order baju sama cd sekali, kitorang bagi free je button tu.
So anyone interested, sila email ke dullentertainmentprogramme@gmail.com
But, kalau nak cepat, datang pelita hati art gallery saturday ni, kite jual jugak kat sana, k.
See ya!

Wednesday, June 4, 2008

LAPORAN SESI LATIHAN – 31MEI08

Sabtu lepas, 31Mei08, bertempat di rumah aku. Sesi latihan bagi persiapan untuk show di Pelita Hati pada 7Jun08 ni.

Janji pukul 8.30pm, Tojeng masih tak kelihatan. Telepon pon tidak. Lebih kurang kul 9pm, aku text dia. “ Wei, dah pukul 9 dah ni, manenye?” Dalam 5 minit lepas tu, dapat panggilan dari Easeart, “Rumah kau nombor berape? Lagi 10 minit kitaorang sampai.”

Aku bagi tau nombor rumah dan selepas tu mencongak, kalau 10 minit, sekarang pukul 9.08pm, pukul 9.30pm la baru sampai… Aku pon lepak dalam bilik sebab bini aku tak berape sihat. Anak-anak aku dah lame terbongkang, sampai Brazil dah kot. So layan bini aku jap… Bagi dia relax sikit.

Tak sampai 10 minit, aku dengar dah suara-suara orang kat ruang depan. Uih cepatnye. Keluar tengok, ye dah terpacul dah pemuzik@rockstar yang kecundang. Aku bagitau Easeart, “Aku ingat ko sampai lambat lagi…Tapi baru aku teringat kau yang cakap 10 minit, kalau Tojeng yang cakap maknenye besok la baru korang sampai.” Aku ngan Easeart gelak sambil di’usha’ dengan muka boring oleh Tojeng.

Aku : Korang dah makan?
Tojeng : Eh takpe ah…
Easart : Boleh jugak…

Check nasi ade sikit, lauk ade sikit. Easeart bantai makan pas tu diikuti oleh Tojeng yang konon malu la… Cheh! Malu konon. Dah abis makan semua, sesi isap rokok pulak kat luar. Tak boleh isap dalam rumah sebab ade budak kecik. Satu lagi nanti bau rumah tak best sangat. Borak lebih kurang, catching up. Sambil tu Easeart tolong tune gitar kita semua.

OK, start practise dengan This One’s Forever, tak banyak beza. Sama aje gayanya tapi mungkin pace yang lebih slow. Takde banyak kung fu dalam lagu ni. Tojeng cuma akan selitkan beberapa filler ketika verse. Itu je… Easeart pon join jam jugak dengan G&L Asat Classic dia yang dah di-refret. Sedap gila, kalau gitar tu kuih memang dah lama kene makan dengan aku. Dengan sedikit petikan dari Easeart dan juga filler here and there, tambah sedap lagi. Kalau M.Nasir dengar mesti jealous.

Easeart, aku dengan Tojeng dah berkawan 17 tahun. Setiap kali kalau antara kami ade show, memang akan buat macam ni. Kitaorang akan jam sekali walaupun Easeart bukan main band dengan aku pon. Tapi the closeness, buddies for life punya attitude tu dah buat kitaorang selalu jam macam ni…(Terus mengingatkan aku pada badminton court Bukit Sekilau dekat dengan Restoran Yak Rang dan juga rumah Lebai) Tu nasib baik Panther kena attend kenduri kahwin adik dia, kalau tidak, memang sesi Akustika Di Atas Tikar dah. Sape nak tengok kene bayar… Cheh! Berangan…

So dah main lagu tu, beralih slow-slow ke lagu seterusnya, Soldered By Pain, Where I Belong, dan beberapa lagu baru dalam setlist macam Can You Hear The Ocean? Noir dan mungkin Suffer The Consequences… Mungkin akan cover lagu… maleh cakap la… surprise la sikit… tapi mungkin tak ramai yang tau lagu aku nak cover ni sebab band ni agak purba… Nak buat camana, nak cover lagu dari band baru… susah aku nak relate dengan kenangan yang menusuk kalbu ku… Tak paham? Biar je la macam tu…

So interval isap rokok sekali lagi… borak,borak, borak… pas tu buat lawak bangsat… borak, borak… lawak bangsat… borak pasal peminat pompuan (ni melibatkan Tojeng sahaja)… dan diakhiri dengan lawak bangsat yang ade unsur lucah sikit..Dah!

Sambung practise sekali lagi, semua lagu yang tersenarai dalam setlist. OK ade kemajuan dengan solo-solo Tojeng yang ala Frusciante tu… (pakai snowcap cam Frusciante gak… Koya Tojeng).. Easeart jugak sekali-sekala mencelah dan fill mane yang patut. Ish, kalau Easeart boleh join sekali pon okay jugak ni… Aku nyanyi suara tak dapat nak lepaskan macam Pavarotti sebab jam dah menunjukkan pukul 11.40pm. So maintain buat suara ala Estranged dah la...

Jam sekarang dah menunjukkan pukul 12.10am. Let’s call it a day la… Lepak kat luar lagi isap rokok. Borak..borak…borak… lawak intelligent pulak (ingat kitaorang tak smart macam abang neraka ke?)… borak..borak …borak… bicara soal jiwa pulak dengan Tojeng… (kepada yang faham sahaja… Yang tak faham just leave it that way)… Borak…borak…

Tojeng: Jom gi minum dulu…
Easart : Jom!
Aku : Tak boleh la… bini aku tak sihat sangat… Lepak dulu la…

Sambung isap rokok, last stick… Borak…borak… … lawak bangsat dan diselitkan dengan lawak intelligent (supaya ada balance yin & yang dia or whatever..)…Tojeng gelak dan tersipu-sipu malu…

Easart : Eh nak gerak dah. Nak kene jumpe Eugene sebab nak ambik effect aku.
Tojeng : OK semula la… Dah OK dah tadi dok?
Aku: OK. Hari Jumaat pulak… Nanti Bem pun join sekali. OK la guys. Thanks for coming.

Next session : Jumaat 6Jun08, 8pm – Rumah aku..

-acai-

Monday, May 26, 2008

small SHOW at PELITA HATI


DEP will be performing here to support a solo art exhibition by Asmawi Ismail.
It will be on 7th June 2008 (Saturday) at 8pm. See you there!




Monday, May 19, 2008

HAMPEH! - IS THE WORD...

About a week ago I received this text message from my wife.

"*arim cakap DEP masuk dalam *ampur *hart, f*y.fm..."

I replied, "Biar betol? Macamane pulak?"

She replied, "Tu la, siap ade interview lagi..."

What the fuck?...

***************************************************************************
OK. There's nothing wrong about getting into a chart for radio, TV or whatever. But the problem is... DEP had never in anyway make contact with radio/TV/whatever, hoping for some promotions for the band of some sort. Let alone getting into any charts. So, it's kinda shocking to receive such info that the band appeared on some national radio. How? Don't ask me.

Another text message ensues, "*arim kate ade repeat tomorrow night." Sent by my wife.

"Okay let's check it out". I only replied her verbally, cuz I got no more credit. Cheapskate? Yeah.

*******************************************************************************

On that very day, late afternoon. I sent text messages to Panther and Tojeng.

"Pukul 12 malam ni dengar f*y.fm, ade DEP. Aku pon tak tau macamane boleh terlepas, dengar je la."

They replied...
1) "Alamak. Ni dah langgar pantang ni...."
2) " Wei... kene sue ni..."


Hmm. I don't know what's the rationale from these two remarks...
Are we too "punk" to be in the chart? Will we be nailed to the cross should we even have the tiniest intention to be in one???

Hmmm....
***********************************************************************
At 12 midnight, my wife and I listen to the show and waiting in anticipation. How, what, who... all those questions were playing in my mind... and suddenly the DJ announced...

"OK, so we're gonna have a guest in the studio, *ames Baum (or sumthing) and he's going to talk about the latest release which is "THE EP"...

Chehhhhhhh! It's The EP and NOT DEP. Wasted!!!

WASTED!!!!!!!

***********************************************************************
Moral of the story:-

1) Check out the source of info received before conveying such info to others.

2) If you already know that your band is not "radio-friendly" then just forget about it!!!


p/s: Tojeng text me, " Ni bukan DEP la boh" ...
i replied, " Jangan kabo mu, aku pon kene getoh ni..."

Wednesday, May 14, 2008

GOLDEN RETRIEVAL 2

Just got this from Nizang. Our interview with Mosh zine..looong time ago. The year was 2002, so 6 years back. Click to enlarge the image.

Saturday, May 3, 2008

UPDATE - OBLIGASI...GERGASI...DAN AIR LIUR BASI

1) Obligasi
Sedikit sebanyak perihal penjualan cd... sangat lembab sebab aku tak dapat nak keluar ke show atau kedai/distro/rumah yang berkenaan untuk tujuan pemasaran. Jadi di sini, kami menyeru pihak yang berminat untuk menjadi pengedar cd DEP, untuk menghubungi kami di ruangan maklumbalas ataupun di email yang beralamat: dullentertainmentprogramme@gmail.com

T-shirt pun masih ada beberapa helai lagi. Ingat! Limited Edition, lagi 20 tahun jadi collectors item. Boleh kasi bid kat e-Bay. Mana tahu kot-kot boleh dapat $20,000. Takpun $2.00 je... teehee.... Jadi jangan tunggu lama-lama, hubungi kami segera...

2) Gergasi
Ni cerita dah basi. Tapi nak bagitau jugak. Gig yang sepatutnya diadakan di Annexe pada 1 MAY 08 telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (ya ke?). Jadi gergasi crossover Malaysia yang sekian lama aku dambakan untuk melihat mereka beraksi... nampaknya tidak dapat meneruskan cita-cita bagi menghuru-harakan keadaan. Terpaksa tunggu. Walaubagaimanapun, sesiapa yang berminat untuk menyenaraikan mereka dalam show yang akan datang sila hubungi abang yang hensem ni.

3) Air liur basi
Aku nak tido. Go figure!

Friday, April 25, 2008

I HATE WORK!!!...BUT I LOVE ENSLAVED CHAOS!!!

Ya, sebuah band yang bising dan agak huru-hara dijangka akan menghuru-harakan lagi keadaan di The Annexe, Central Market, KL pada 1 MAY 2008 ini.

Band yang mengenengahkan Meny(guitar), Kojak(bass), Panther(drums), Izzat(guitar) dan Mat(vocals) ini adalah sangat tidak asing bagi penggemar muzik yang berteraskan old school thrash metal/hardcore dan juga punkrock. Berasal dari Kuantan, Pahang (kecuali Mat) dan kebanyakan ahlinya telah mula aktif di persada muzik underground Kuantan sejak dari tahun 1992 lagi. Meny dan Izzat pernah bermain bersama untuk band 'Fungus' dan juga telah mengeluarkan satu demo yang aku tak ingat tajuk dia... Cuma yang aku ingat ada satu anthem yang diakui memang catchy pada part chorus-nya berjudul, 'End My Fear'. Pernah bermain untuk beberapa show di sekitar Kuantan dan tidak lama selepas itu, telah dibubarkan secara tidak rasmi dan tertubuhlah pula band 'Fungus Is Dead' yang dikepalai oleh Lee Askar di bahagian vokal dan gitar.

Kojak, yang juga pernah bermain untuk beberapa band di Kuantan lebih cenderung kepada elemen grindcore dan juga metal. Walaubagaimanapun, fakta band yang disertai tidak dapat dinyatakan di sini di atas sebab aku tidak membuat sebarang kajian terperinci. Kojak kini adalah seorang 'artist' (bukan artis dalam majalah Mangga atau URTV... itu semua adalah kerja penulis-penulis yang tak beretika dalam memperanakharamkan perkataan 'artist' tersebut) sepenuh masa dan bergiat cergas dalam pertunjukan seni secara berkumpulan di sekitar Kuala Lumpur.

Panther, aku tak nak cerita banyak sebab akan membabitkan DEP. Sorry, sebab ini cerita pasal Enslaved Chaos. Nak tau cerita dia? Sila baca history DEP. EC sikit lebih kurang macam projek sisi (side-project?) untuk Panther sebab dia juga sangat suka bermain drum bila ada kelapangan.

Mat Ribis pula adalah seorang mat saleh dari Amerika yang tersesat (atau memang sesat? teehee) ke Kuantan. Aku tak pasti sebabnya, tapi sebelum tu Mat ada menuntut di sebuah sekolah pondok di Kelantan selama 5 tahun. Tak silap aku lepas dia graduated dari sekolah pondok tu, dia ke KL untuk menyertai PERKIM atau atas sebab lain yang aku tak berapa pasti di sini. Mat juga ada melepak dan berkawan dengan band-band sekitar KL macam ABC Dead, Carburetor Dung dan beberapa lagi band yang aku tak pasti. Tapi dia memang agak popular dikalangan warga CM masa tu sebab dia boleh bertutur dalam telo Kelantan dengan fasih. Biso demo!

Ini semua berlaku di sekitar awal 90-an hingga ke pertengahan 90-an dan dengan suatu kuasa dan kimia (pun intended) yang kuat, telah membawa individu-individu istimewa ini ke satu haluan untuk menubuhkan Enslaved Chaos pada tahun 95/96.

Ada satu show yang bertempat di sebuah restoran di One Utama masa tu. Tahun mungkin 96 kot. EC telah muncul untuk pertama kalinya dan mendapat respond yang baik dari para penonton. EC was fresh and energetic walaupun venue macam tak beberapa sesuai. What the hell? The spirit that counts...

Tapi show yang aku tak boleh lupa adalah masa diorang main kat Lips Boom Boom di Kuantan, tahun 97, kalau tak silap. Intense gila babi! Bad to the bone... tak tau nak kata apa dah... Seeing is believing... Ada sorang kawan bagitau aku, "Rasa macam tengok D.R.I masa kat States dulu..." 'Nuff said!

Tapi macam mana best pun sesuatu benda tu... dia akan berakhir dengan cerita yang tak berapa best. Happy ending, jauh sekali. Selepas Mat balik semula ke kampung halamannya di USA, kelihatan semua macam hilang arah tujuan. Tapi hilang semangat bukan kerana Mat blah, sebab lepas tu EC masih lagi beraksi dengan sokongan vokal dari Bart (Aghast) yang sangat terkenal dengan 'growl' or 'frog in the throat' or whatever... banyak sangat terma untuk orang bersuara garau/parau ni... Jadi macam yang aku kata tadi, memang bukan sebab pemergian Mat yang membuatkan EC terpaksa membawa haluan masing-masing. Aku rasa tidak patut diperbincangkan di sini kenapa dan apa sebab-sebabnya.(Sebab aku mengamalkan penulisan yang beretika, bukan seperti penulis Mangga, URTV atau yang se-genre dengannya.) Tapi sebaik-baiknya kita harapkan yang mereka akan terus beraksi dan release more materials in the future. I'm hoping for EC's best. Hope you too.

So aku berharap sangat yang aku dapat menghadirkan diri di show tu nanti untuk melihat kembali dan melalui satu pengalaman yang aku dambakan (cheh!). Lagu-lagu seperti Sick Of You, We Want Some Violence dan I Hate Work akan sentiasa bermain di kotak fikiran aku tatkala bercerita tentang mereka. They may not be the best band in the scene but they will always be one of the best for me. Their spirit, friendship and support will always be remembered and cherished.

BUDDIES FOR LIFE!!!

-acai-

Nota kaki:
Enslaved Chaos only manage to have one release, a self-titled EP on 1997.
Desas-desus mengatakan yang Bart akan mengambil posisi vokal untuk EC pada show tersebut. Untuk keterangan perihal masa dan lain-lain info berkenaan show, sepatutnya rujuk di sini. Bagi kesalahan fakta dan sebagainya dari pihak penulis, maklumbalas di ruangan komen sangat dialu-alukan.

Monday, April 21, 2008

CONGRATULATION!

Bem with one of his lecturer.

Thursday, April 17, 2008

ENGLISH 101 - KOYA!

DULL - Sebutan yang betul bunyiknya macam huruf jawi "dal" ataupun kuah "dal"(ca) yang kita makan dengan roti canai. Rujuk di sini untuk maksud yang lebih terperinci.

Ada satu insiden di Jalan Ang Seng 4, Brickfields masa tahun 1996. Masa kalau tak silap sekitar petang tatkala penghuni biasanya sedang lepak tengok TV atau main gitar atau mungkin juga sedang bergumbira dengan bahan intoksikasi yang ada.

Terdengar ketukan di pintu beberapa kali. Oz yang sentiasa berlenging dan cuma berseluar jeans yang dipotong pendek di bahagian lutut, dengan gaya yang penuh rilek bangun lalu membuka pintu. Ada sorang mamat dipercayai pelajar sekolah menengah yang tinggal di perumahan berhampiran bertanyakan sesuatu pada Oz.

Tak lama kemudian Oz pergi ke bilik aku dan dengan mukanya yang selamba, berkata" Bang, saya nak beli kaset 'DOL Entertainment' , ada jual tak?" Kami sama-sama ketawa berdekah-dekah dalam bilik(boleh tahan lama la jugak) sebelum dapat kontrol muka dan perasaan dan jumpa mamat tu nak bagi kaset 'DOL'. Sebelum mamat tu blah, kami bagitau sebutan yang betul (sila rujuk perenggan pertama). Mamat tu berterima kasih, sengih dan blah...

Jadi, pengajaran kat sini, walaupun sesuatu benda tu nampak remeh, tak semestinya kita tak perlu belajar dan ambik tahu. Kalau tak pasti dengan sesuatu tu, tanya atau selidik dulu. Proses pembelajaran bukan setakat kat sekolah atau pusat pengajian tinggi. Ianya adalah proses sepanjang hayat...

Ok la. Taknak la bunyik macam Dr. Fadhilah Kamsah pulak. Tata!

p/s: Bahasa Inggeris tu memang tricky. Kalau "FULL" sebutannya "FUL", kalau "BULL" sebutannya "BUL", habis kenapa "DULL" sebutan dia jadi "DAL"? Ini mungkin disebabkan oleh setiap perkataan berasal dari bahasa tertentu yang telah mempengaruhi cara sebutannya. Itu teori aku la... Jom kita tanya Cikgu Easeart. Hehehe...

Wednesday, April 16, 2008

SAY HI TO IZMI!

Thanks Izmi for being our 'indie rock darling'... ;)

Tuesday, April 15, 2008

TERHANGAT DI PASARAN!

The t-shirts are here for grab! Limited Edition (so called lah) t-shirts for sale at RM20 only. Only 12 pieces. Got 2 colours, black and olive green.So hurry get your size right, fast, now!
BLACK :

XL - 3 pcs only
L - 2 pcs only
M - 3 pcs only
S - 1 only

GREEN :

XL - 2 pcs only
M - 1 only

How to get it? Very easy, give us an email to dullentertainmentprogramme@gmail.com. Delivery will cost you extra RM5.Or call BEM at 017 394 2094 if you are in KL, Cyberjaya,Putrajaya and Seri Kembangan area.

NOIR?

Some time in 2003, I've worked out a song which was heavily inspired by the movie "Dancer In The Dark". It was slow tempo, accompanied by an acoustic guitar and self-not-worthiness kinda shit but what the heck?...

If Eddie Hamid can write sappy and trashy shits without feeling guilty, then why should I?

So on with the songwriting. However, I have this ritual where if I can't write anymore words for the song or thinking of another chord to ensue then it better stop there before it becomes another Dream Theater song.

Some time last year (2007), there was a project for a short movie which I "shamelessly" offered the movie maker to play it during the credits. He agreed and with the help of Mr Mic Wrecka of The Rebel Scum, we recorded the song.

I did the vocals and guitars while Mic Wrecka added all the bass and cello (it sounds like one) and some effects using his "beats" expertise and technologies. The sad part is... the song gone nowhere since the short movie project did not materialize due to some technical reasons. Bummer!

Again, what the heck? Curious on how it sounds like?... Take a listen...
Noir.mp3

Friday, April 11, 2008

SAY HI TO DIN @ BEM!


We are glad to announce that Nor Din @ Bem will be permanently taking the drumming position for DEP. Welcome aboard! Brief musical history about Din… well he has none. Din was never in any band before and was laughed by his previous jamming buddies when he initiated the idea of forming a band and writing their own material. Those buddies were nowhere to be found now and look where Din had ended up… with DEP! Din, please ask them… “Who has the last laugh now?” He is currently working at Limkokwing University as a cameraman and girls; we think he is still single! :)

We also would like to take this opportunity to thank our previous skin bashers, Wan and Asma who have been collaborating with us for gigs and recordings circa 1995-2003. Your company will surely be missed and can never be forgotten.

Wan is currently working in Kuantan. Last time we heard, he worked at a hotel near the Telok Chempedak seaside. Am not sure whether he still work there or even drumming for any other bands nowadays. After he left DEP, he played with a band called Anti-Hero. Also not sure what happened to this band.

Asma is currently teaching secondary school pupil and on weekends, teaching students of UMP (University Malaysia Pahang, is this correct? Anybody?) to play drums and stuffs. He’s also playing with a band for Sultan of Pahang, for His Majesty’s royal functions. He once told me that he jammed on several occasions with Siti Nurhaliza… yeah, that’s a real achievement…

So kids out there, play your musical instrument whole heartedly and you will have your chance of performing with Siti Nurhaliza… or maybe M. Daud Kilau… your choice!

Thursday, April 10, 2008

GOLDEN RETRIEVAL




Oh sweet..look what we've found.. :)

1. Biodegradable Material #2 fanzine - Coverage pasal Kuantan Under the Sea and the importance of local 'underground' bands to play their own materials. Sensational!

2. Handout "Can You Hear the Ocean" - Interview DEP dengan Buddy Holly & Mukus Zine. Anything you want to know about DEP ada dalam handout ni and the year was 1997. Old School!
p/s: Handout "Can You Hear the Ocean" adalah idea dan telah digiatkan oleh Weng (penyusunan interview, photo dan cover). Thanks wei!